9/04/15

Kisah Suami : Pemerhatian 7 Bulan

Salam visitor. Well aku nikah aritu 2 Okt 2014. Means sekarang adelah dalam 7 bulan lebih usia pernikahan aku n suami (AH). Well,sejujurnya sebelum kawen aku takleh agak camana hidup kitorg lepas kawen cuma satu je leh agak yg life kitorg takkan sama macam pasangan lain sebab aku jobless (still tanam anggur dan baby je sampai saat ini) n AH pulak bukan keje ofis tapi buat small business sendiri so rutin life kitorg takkan sama macam org normal yg lain.

Aku pernah gak terfikir jahat mampu ke AH nak sara aku dahla aku suka makan memahal haha tapi aku tak sangka la plak bisnes dia tu agak maju sebenarnya well im proud of him pandai manage masa handle customer handle stock call kilang dan pelbagai lagi tapi yang paling penting dia pandai manage duit. Tak pernah lagi aku tak cukup duit tak cukup makan selama kami jobless 7 bulan ni. Dulu sebelum kawen dia ingatkan jangan merungut ye kalo terpaksa hidup susah yela aku finish je degree kitorg terus decide nak bertunang 2 bulan kemudian n nikah 2 bulan kemudian. Aku terfikir jugak hidup susah tu macamana kena makan nasi lauk kicap n bilis ke ohh sedap jugak lauk macam tu ohh childish nya pemikiran aku tapi lepas kawen baru tahu setiap saat hidup kita ni perlukan cashhhhh. Dan obviousnya aku langsung tak membantu nak turut sama cari duit sebab 3 bulan lepas kawen aku disahkan preggy bersambung dgn morning sickness.

Ok sebenarnya nak cite pasal AH. Kalo tadi dari segi excellent in managing our future sekarang aku nak listkan sifat sifat dia pulak. Well dia ni jenis tak kisah aku tak masak jenis tak kesah aku makin gemuk jenis tak mengadu kalo alami masalah kewangan dan tak kisah aku suka tido petang manakala dia sedang bersusah payah dengan tukul dan helmet2nya. Dia jugak jenis tak kisah kena picit kepala aku time nak tido basuh jemur baju sendiri time aku tak larat cari makanan sendiri time aku sakit.

Kalau nak cakap pasal caring pulak dari hujung rambut sampai hujung kaki aku dia check. Tolong korek telinga sapu losyen dekat seluruh badan tolong sikat rambut potong kuku kaki dan tangan phewwww memang tak sangka dia ni seorang pembersih haha aku jadi malu sendiri.

Dari segi fashion advisor pun dia dikira orang kepercayaan aku jugak. Bagi aku dia ada taste setiap kali aku mintak pendapat.Kadang2 aku pulak yg kena dengar arahan dia padahal aku yg tengah nak pakai bukan nya dia -.-

AH ni suka buat sesuatu yg gembirakan aku walaupun terpaksa bersusah payah so tak kisah la kitorg ni still jobless ke tak (aku memang nak keje since dh habis alahan ni) asalkan makan pakai kitorg cukup n bulan 9 ni junior kitorg nak tunjuk muka wow umur 24 dah jadi mommy daddy Alhamdulillah. Pendek kata selama 7 bulan ni hidup aku bahagia haha nanti 7bulan lagi aku buat lagi review macam ni okeh.


Susah nak cari suami yg terlebih caring romantik pada masa yg sama sgt bertanggungjwb. Ni bukanlah entry memuji suami tapi sekadar coretan menghargai apa yg dia dah buat selama 7 bulan ni.Paling best ialah AH ni pandai buat milo ais sebijik rasa milo kotak tu hahahaha lebiu mwah!

Tiada ulasan: