24/03/16

Diari seorang isteri

Salam readers.

Seperti dijanjikan,last entry aku ade cakap nak update blog selepas 7 bulan. Tapi ni bukan 7 bulan ni 11 bulan dah means dh dekat setahun aku tak update blog kahkah. Sebabnyaa lepas aku morning sickness aritu (dekat setahun dah kot citenya haha) aku mengalami sindrom malas menaip pastu aku deliver baby ,pantang blabla jaga anak blablabla. So sekarang anak aku dah 6 bulan lebih ;) Nama diberi Muhammad Aisy. Gender lelaki la nama pun Muhammad.



Okay sebab aku dah janji nak tulis pasal fasa kedua perkahwinan, jadi aku terpaksa menyambung menaip. Kah.


Kehidupan dan sifat2 mahmudah n mazmumah laki aku lepas kawen ni urmmm. Ok aku buat bullet list la senang nak baca


  • Lebih sabar sebab baby kan suka meracau tak tentu hala, so since ibu dia penat bapaknya la kan kena bangun panaskan susu. Mandikan baby bedung bagai dia buat kadang.
  • Anak aku ni jenis minum susu macam minum air sejuk di kala cuaca panas jadi susu tu sekali minum dalam 5 oz dah sekarang jadi 1.2kg susu bersamaan rm90 tu hanya cukup untuk 10 hari. Sebulan dah rm270 kan. Pampers sebulan rm60. Haha kopak duit gaji daddy. Sabar ye suamiku. Semua ini pasti berakhir. Hewhew
  • Anak susah tido. Anak aku ni tak macam baby lain senang ke tidurnya, yang ni kalau tak kena cara 2 -3 botol susu pun belum tentu tido. Pusing ke kiri ke kanan macam imsonia people. Tapi kalau dah tido fuuhh lega mak boleh berehat. So kdg2 aku geram gak last2 aku tido je lantak la biar bapak dia jaga. Oleh yang demikian suamiku yang baik iteww menjagala anak kami dengan penuh kasih syg. Takleh tido budak Aisy tu, dia p mandikan dgn air suam wpun jam dah 1 pagi. Ditukar pampers yg baru 15 minit lps pakai -.- n disusui. Aku pulak sedak meliur basi kahkah
  • Kewangan mulai goyah. Kahkah. Sian laki aku.ini semua disebabkan sindrom mak2 aku yang pesat sekali membesar. Scroll insta terjumpa brg best utk Aisy, terus aku suruh suamiku transfer melalui maybank2u or cimb clicknya. Skrg xyah suruh dah sebab aku sendiri yg akan transfer sebab aku dah hafal usernama n passwordnya. Kah!

Oleh kerana anakku dah terbangun, next time la aku sambung tapi malas dah janji bile sebab takut2 anak dah 2 tahun baru log in balik blog ni haha. 

Tapi kesimpulan drpd yang aku boleh buat sejak perkahwinan kami menginjak ke 1 tahun 6 bulan ni, aku boleh rasa lagiii bahagia n lagii best. Macam tak sbr plak nk teruskan hidup penuh liku ni n tambah anak lagi hewhew dgn suami terchentaaa.


Hipothesisnya, semakin hari semakin sayang kahkah


Pemalar di sini ialah sekeping hati kudus yang suci dan menerima kebaikan dan keburukan pasangan. Auww


Oklah anak aku dah teran berak. Nak pegi basuh. Byebye. 

Btw esok hari lahirku yg ke 25. Weeeehooo.

Tiada ulasan: