28/04/13

Piknik bukan Cadbury bersama usrati

Minggu lepas sebenarnya aku bertindakan bijak dengan ponteng 3 kelas pada hari Khamis. Hanya kerana semua kelas di hari Rabu kensel off. Huhu. Lagipun kelas di hari Khamis tu sangat tidak memberi semangat kerana attendance sheet nya tak pernah diedarkan. Macam kalau tak pegi pun takpe. Dahla subjek membaca yang bosan. Study week nanti boleh baca sendiri LOLS.


Jadi kita balik kampung pada hari Selasa. Yayyyyy. (kenapa tiba-tiba jadi tak matang) ehem ehem. Balik semata-mata nak duduk kat rumah. Jadi duduklah aku di rumah memegang vakuum, mengupas bawang.Tapi bahagia. HAHA.



Sebab dari birthday aku lagi aku meroyan nak rainbow cake ni, akhirnya ayah bawak balik. Sanggup tempah. Terharu aku boleh dilihat dengan gambar blurr sebab excited melampau. Tapi paling banyak kedarah sape? Bini ayah aku. HAHA okay gurau je mamita~ Memang dapppppp kek (debab) ni tak macam kek lain aising dia tak muak (gedebab)




Lepas tu aku lupa aku ade order homemade indulgence cake dengan Mira Azyyati. Besar nak mati 3kilo setengah ..3 hari 3 malam duk buka peti sejuk makan benda ni (debab) dah la superbbb takyah g SR dah, pm je kawan baik since form 4 ni. Harga dia pun berbaloi laaa. Sape makan paling banyak? Bini ayah aku lagi. HAHA okay gurau ^^


Motif sangat balik Ganu makan kek. Patut makan la kepok lekor sampai RM10 seorang. Baru betul khennn.


Lepas tu kitorang pegi piknik mandi sungai. Mamita masak nasi arab.Aku tolong je. Tapi lepas ni dah tahu kot nak buat sendiri. Macam nasi ayam tapi masa rebus ayam tu kena letak jintan dengan kayu kulit manis dan adelahh lagi.Kalau nak tahu pm la tanya aku sendiri.


Oren tu aku yang potong (perlu ke bagitau?)


Coslow tu aku yang buat  ehem


Ayam paling dappppp (debab)


Okay macam tak fair pulak tak bagitau ape Najah buat. Sebenarnya disebalik kemalasan dia yang biarkan dapur tak berasap baju tak bersidai, buat acar Arab ni je dia mampu sumbangkan. Yelaa nanti kalau tak bagitau takde pulak orang nak masuk meminang diaaa. 


Okay aku tak tahu la aku ni jenis dengki ke ape tapi nak jugak close up gambar sayur yang aku buat ni padahal kan dah mention tadi -,- (sedih dengan sikap sendiri tapi tak dapat kawal)


Hai Nurin adik kak long yang paling gedid dan manja. Tapi bila kulit awak nak putih? Oh okay joke joke kalau dia tahu ni mesti dia pegi gunting semua baju jalan aku macam insiden 3 tahun lepas. Aku kutuk dia hitam pastu NAK TAHU TAK BAJU YG BARU BELI DEKAT COTTON ON DIA GUNTING.SEKIAN.


tengok my mom tengok my mom HAHA



Anak ayah belaka


Aku memang pengdengki....


Kami sekeluarga pun mandi la dengan bahagia. -TAMAT-

Kesian Najah si budak lepas SPM takde dalam gambar HAHA


Bye, nak g tengok Iron Man 3 dengan seseorang. Lailailai~

Tiada ulasan: