1/05/13

Hai bulan 5


Selamat hari tak bekerja. Well, since dah pyscho diri sendiri Hari Pekerja harus berehat, maka hari ni memang tak buat pape. Tidooooo debab-debab lepas tu onlineeee panjang-panjang. K. Habis satu hari yang tak berwawasan di bulan yang baharu. Tsk.


Kadang-kadang kita kena flsh back untuk mendapat suntikan semangat untuk apa yang kita bakal lalui pada masa akan datang. So, mehla kita flashback.


October 2010. Masa tu baru nak bersuka ria selepas habis asasi setahun setengah. Baru nak enjoy kerja kumpul duit beli fone baru, tapi tapi tapi kena galas tanggungjwab pengganti mak ayah pulak.


Seriously, masa ni jadi one of the toughest moment dalam hidup phewww. Mula-mula ingatkan best dapat kad bank, boleh swipe sesuka hati je. Sebab ayah bagi guna semahu yang aku nak. Tapi disebalik tu, pheww banyak benda berlaku, yang menyakitkan hati. Setiap malam lepas adik-adik semua tidur, aku menangis sendiri.

Baru faham erti hidup yang sebenar kalau takde mak bapak. Orang sekeliling boleh buat dua benda. Satu buat tak layan dalam erti kata lain elimate kami adik-beradik. Satu kumpulan lagi mengata dan menghina.

Kejam sangat.Jadual hidup aku berubah 360 darjah. Bangun pukul 5 setiap hari. Tidur seawal 10 malam setiap malam.

Hari tak sekolah, bawak tiga beradik atas ni release tension. Hari sekolah, aku yang paling azab. Nak kejut adik-adik satu hal. Nurin masa ni 5 tahun tadika. Tiap hari taknak g sekolah. Amin kena dukung bawak masuk bilik air baru mata dia terbukak. Aqid ragam dia, kena tarik selimut. Kadang-kadang tarik telinga tak sabar.

Lepas tu iron baju sekolah (kalau tak sempat buat semalam). Masak breakfast roti telur. Hantar pegi sekolah. Ambik nenek aku kat rumah dia, pegi pasar like EVERYDAYY. Maka masa tu lah aku berguru dengan google. Masak macam-macam. Dari zero to hero woahh.

Balik dari pasar, sapu halaman rumah. Siram pokok bunga. Masuk rumah breakfast (rarely) lepas tu siang ikan/sotong/udang/ketam/ayam/sayur. Lepas tu masuk dalam fridge.

Settlekan laundry. Baju sekolah kotor kena asing. Baju aku asing. Cadar selimut yang terkena muntah adik asing. Blablablabla tengahari dah.

Masuk dapur balik. Masak ape yang patut. Pastu ambik adik-adik balik sekolah. Diorang balik sepahkan rumah stoking merata-rata baju confirm kotor kasut kotor. Budak2 la katakan.

Lepas makan aku kutip pinggan gelas kotor basuh kat sinki. Lepas tu adik-adik wat hal masing-masing (main games tengok tv atau tidur depend on themselves). Masa tu la aku vakuum carpet rumah, mop lantai. No TV no INTERNET no boyfren HAHA okay nasib baik masa tu single -,- . Lepas tu rehat sekejap. Kadang-kadang tertidur. Tsk. Kadang-kadang pegi settlekan semua bil. Bil insurans bil telefon bil internet bil air bil api blablabla kalau dah ke bandar confirm balik tu penat kan -,-

Masak makan malam. Kadang-kadang beli je. Yang penting tengahari memang kena masak. Lepas tu kena make sure budak-budak tu buat kerja sekolah. Suruh ngaji liat semacam. Lepas tu salinkan jadual sekolah, depa mana reti buat. Sebelum ni harapkan mak je kan. Pheww azab rupanya jadi surirumah anak 3 4 5 6.

Hidup aku penat nak mati. Sebab sebelum ni kehidupan aku sorang-sorang kat asrama dari form 1 sampai 3 pastu masuk belajar lagi tinggi duduk jauh dari family. Tetibe kena buat semua bukan sehari dua, tapi 2 bulan, rasa nak meroyan jugaklah. Aku langsung tak contact kawan-kawan aku dekat CFS. Kadang-kadang je kalau buka facebook, tu pun kadang-kadang tertidur depan laptop.

Pernah satu hari family kembangan aku buat kenduri. Benda tu dekat Kemaman nye jauh. Aku drive and bawak adik-adik.Sampai je, aku rasa nak pengsan sebab penat yang semalam tak habis lagi, penat drive lagi. Pastu kena goreng ayam 3 kuali besar. Nasib baik tak pengsan muka masuk dalam kuali. Last sekali aku masuk kereta tidur. Nak masuk bilik segan ramai anak beranak. Pheww.

Thats all, hidup kami adik beradik memang orang tak kisah sedikit pun. Aku tak kisah, tapi jangan tipu mak ayah aku kononnya nak jaga kami adik beradik. Kami tidur adik-beradik tanpa jagaan sape-sape. Tiap kali nak kunci pintu and gate aku tak lupa baca ayat pelindung yang mak aku ajar. Sebelah katil aku letak kayu haha motip sangat konon nak hempuk kepala perompak yang masuk. Padahal dah la penat entah-entah dia yang hempuk kepala aku balik..okay tak lawak.

Bayangkan lah. Masa tu baru 19. And no one care. Betul la orang cakap, takde orang akan senang-senang nak tolong time kita susah, tapi time kita senang....fikir-fikirkan lah :)

And dipendekkan cerita, once mak ayah aku dah balik, tetibe cuti asasi aku dah habes and proceed UIA Gombak lak, degree. Masa tu lah nak cari barang semua macam orang gila. Pastu minggu orientasi, and belajarrrr as degree student. Takde masa rehat pheww.


Tapi, sekarang rindu masa tu. Full time of learning. Banyak sangat pengajaran and moral of the story.

#Nurin panggil aku mak tiri masa tu. Bayangkan lah betapa garang n tak teratur emosi aku masa tu :)

Bye, penat taip.

One of my air tangan at that time. Air tangan budak 19 tahun. Be proud of yourself k, uLFA  HAHA -,-


Anak tiri huhu


Ulfa Junior Orientation Week 2010. (baju ni dah jadi alas kaki kain buruk dah pun kbye)

Tiada ulasan: