27/04/13

Gosip artis paling sedih 2013.

Well, aku baca blog gosip artis berjam sampai sakit belakang. Yela orang busy banyak benda tertinggal so banyak la page yang kena scroll lols.

Paling best kalau baca kisah cinta.Paling bosan kalau baca pasal Zed Zaidi yang konon mempertahan artis veteran dan Melayu. Sumpah boleh ngantuk weh. Baca buku bisnes pun tak ngantuk macam tu.Lepas tu, baca kisah cinta artis, yang common ayat macam ni "kami dalam proses mengenali hati budi masing-masing" sumpah lame cuba la reka komen baru contoh macam ni "saya je bersungguh, saya rasa dia ego sangat kot. takpe la saya berserah pada Tuhan yang penting saya akan BERSABAR selagi tulang belakang saya tak retak.eh?" Kan best mesti kelihatan lucu sedikit. Ni asyik-asyik nak kenal hati budi. Nak kenal sangat operate la hati tu. Okay cukup.


Almy Nadia berlakon dalam cite Kami The Movie kan. (motif?) Masa tu Anne Ngasri anak dara lagi. Aku suke gile cite tu sebab Almy Nadia gedid nak mampus belagak kaya padahal malam-malam buat overtime cuci pinggan dekat kedai makan. (motif?)

Okay tu kiasan je nak cakap dah lama aku ikuti Almy Nadia. Mestila aku tahu dia tu seorang yang setia sebab bercinta 8 tahun dengan Fizz Fairuz. Bagi aku kisah diorang paling sedih. Cerita orang lain yang setakat "saya tak rampas Qi dari Yuna" atau "seumpama dengan tu biasa je bagi aku. Tapi AN ni dahla dulu sakit bertahun kena buatan orang,setia dalam sakit, sekali kekasih sendiri pergi bertunang dengan orang lain. Last sekali putus tunang pastu nak datang menadah kasih kembali. Haaa pastu taknak komen jahat pun dekat media pasal isu-isu yang boleh mengaibkan kekasih dia tu. Haa tabik Hairul Azreen sekali!

Mesti pilu rasa kan. Nampak sangat macam tak berguna. Habis aiskrim kon lemau dibuang. Lepas tu depa duk marah-marah kenapa habis tragedi tersebut AN boleh je on balik dengan FF. Sebab benda yang FF buat tu macam lagu Afee Utopia yang berkali-kali merayu "berilah peluang untuk kali kedua".Macam benda tu dah takleh buat apa pastu baru kau nak nyesal whatdehel. Sape yang penah mengalami mesti emo kan HAHA.

Tapi tapi tapi tapi aku rasa aku ni macam AN kot LOLS, so maybe mungkin bukan masalah peluang kedua ke peluang terakhir ke peluang keemasan ke, tapi dah SAYANG nak mampus, anggap je la yang khila fdatang bergolek-golek tu cubaan dari Tuhan nak menguji kesabaran cinta awak tu. Walau macamana sekali pun pasangan anda buat anda hancur berkeping-keping, rasa sedih tu kalau tak ada tak normal la, tapi tak luntur pun kasih sayang tu sebab ia kuat. Okay, macam terlalu serius pulak rasa.

Aku ada ayat. Aku ambik dari Aria Pretty Little Liars season 2 HAHA;

"IF YOU LOVE SOMEONE ITS WORTH FIGHTING FOR NO MATTER WHAT THE ODDS" cewaahh gituuu. hanya maut memisahkan ye dak? Kalau tak percuma je korang duk ucap malam-malam kat pasangan korang "sumpah saya sayang awak sampai MATI" K faham semua?

Conclusion kat sini aku nak cakap AN sangat sabar,tabah,kuat. 8 tahun phewww. FF kalau taknak pisang berbuah 3 kali, sila la ambik langkah yang paling bijak sekarang iaitu ...fikirla sendiri.

Almy, awak je sungguh.....


Tiada ulasan: