26/04/13

Door Gift dan Kad Kahwin.

Well, esok rupenye aku ade kena nak pegi wedding exhibition dekat Ampang Point (confirm jam) phew. Tujuan pegi ke sana adalah berikutan persembahan tugasan Bahasa Melayu yang akan dipersembahkan di khayalak ramai pertengahan bulan depan.

Tugas aku kena take care of door gift, hantaran kawin dengan kad jemputan. Tapi kat tajuk aku tak tulis hantaran sebab aku paling benci hantaran. Hantaran simbolik menunjuk-nunjuk bagi aku. Okay ape motif gubah tudung Ariani tapi letak paper bag Ariani atas dulang hantaran? Nak show off right? Lepas tu kesian dekat orang yang kena junjung dulang hantaran tu dahla berat. Nak-nak yang junjung sirih junjung tu confirm muka tak masuk camera. Camera pulak tempah photographer mahal. Kalau aku confirm nangis dahla penat bawak hantaran tapi muka tak leh nak jual.

Lepas tu satu hal rombongan datang nak bersanding tu dahla bawak hantaran banyak-banyak pastu eh eh rupanya bunga telur dah terpenyek sebab kereta jadi sempit. Rela suruh anak kecik tak payah pegi sebab space nak letak hantaran yang 9 dulang 12 dulang bagai.

Ape kata guna idea aku. Beli satu box besar haaa pastu sumbat la handbag Charles & Keith kau tu, perfume tahan 100 tahun mahal kau tu, kasut kulit ular kau tu. Bungkus cantik2..pastu bawak tu satu je pegi rombongan tu. Sure semua orang akan tertanya-tanya apa ade dlm box tu. Yang tau pengantin je. Sweet dan romantik sangat?kahkah.

Serius sangat aku tak suka pasal hantaran ni,sampai perenggan kelima pun cakap tak henti ni haha k stop. Tapi aku nak tegaskan jela adat macam ni tak payah la kita nak ikut sangat sebab leceh, menyusahkan orang,membazir. Nak-nak ada unsur nak menunjuk. Dapat satu cop tambah berat bahu kiri.


K. sekarang nak cakap pasal doorgift. Aku ni jenis dapat mak ayah suka bincang pasal door gift -,-
Contohnya macam ni conversation antara mak ayah aku

Ayah ; saya, kalau anak saya kawen nanti, malas eh beri doorgift doorgift. Duduk je la tepi pintu senyum pastu jemput makan.

Mak; eh mana boleh. awk ni berkira sangat. kena la bagi hadiah penghargaan orang mari umah kita

Ayah: dah tu jemput makan tu bukan penghargaan ke? Buat la makan sedap-sedap.Bab makan xkesah pun. Ni main beri benda kecik-kecik banyak kerenah sangat eh.

Mak: dah bagila buah epal sebiji sorang cukup la. Takkan ank bagi mentol macam MayaKarin kot

Ayah: awk ingat semua org makan buah ke?

Mak; dah ikut awak laa................awk xpayah bagi ke org laki, sy je bagi ke org puan.

HAHA sumpah kelakar mak ayah aku. Tak sangka bergaduh demi aku. Terharu rasa.


Aku rasa doorgift sangat comel. Kalau kau mampu buat la untuk dihadiahkan kepada para tetamu (sejak bila aku cakap BM proper ni) Tapi kalau kau tak mampu, kau nak ikut orang jugak,masak la. Banyak benda penting lagi kena fikir. So takde doorgift pun takpe. Asalkan para pengantin haruslah melayan tetamu dengan senyuman manis, senyum biar orang nampak lipstick mahal kau tu HAHA. Door gift bukan penentu kebahagiaan pasangan yang berkahwin ye.



Kad kahwin. Aku ni jenis sensitif, suka pada kenangan, cepat emo. So berdasarkan perwatakan aku, aku suka sangat kad kahwin yang special. Tapi bukanlah nak bagi kat semua orang. Maybe cetak dalam 20 keping nak bagi kat bestfriends jer. Kad yang comel, ada ayat-ayat kenangan, macam kita nak create kad ulangtahun nak bagi kat kekasih tu. Penuh dengan effort dan kasih sayang Kalau nak special lagi kad ni letak lagu macam kad raya nak bagi kekasih tu HAHA.. Kad tu jugak nak simpan nanti tunjuk kat anak-anak pulak. Aku dah design kot sejak umur 18 lagi. Kira 4 tahun dah idea tu tersimpan rapi. Kalau bakal pasangan aku macam-macam aku nak cetak jugak secara rahsia. Sampai begitu sekali phew.


Pengantin yang order kad ni confirm bertemu jodoh kat fb pastu bercinta gaduh pastu kawen pastu rasa sangat terhutang budi dengan fb sebab kerana fb kononnya mereka bahagia. Habis tu kalau bertemu jodoh dekat sekolah, kena letak background gambar bangunan kelas ke atau background baju sekolah? Hmmm

Creative tapi kad yang aku design tak comel macam era sekarang, Aku punya design tu sangat romantik dan takde langsung elemen kartun comel,ia lebih kepada elemen yang serius,sebab bagi aku kahwin tu serius (memang orang lain kawen main-main haha) sampai begitu sekali. Aku nak upload takut orang ciplak nanti kahkah.


Hai macamana la rasa taknak kawen dah assignment pun kena buat pasal persiapan kawen.So bahagian aku esok nak shoot video and tanya pasal budget untuk 3 perkara ni. Orang lain ada yang buat pasal pelamin, photograph, make up, catering dan baju pengantin.

Baju pengantin adalah paling best tapi paling confused. Banyak sangat warna. Banyak pilihan yet banyak masalah. Kalau aku nak warna pink belum tentu pasangan aku nak warna pink. Kpop la katanya jambu la. Apelaa pink la macho kan kan kan. Turqoise pun cantik macam yang maria Elena pakai tu pheww. Tapi dia kata putih palingsuci dan kelihatan gah. Aku pun cakap la hitam taknak ke?hitam kan menawan. Dia kata nak ketuk kepala aku pakai tukul. Tsk serius sangat. Sampai begitu sekali.


2012 tema color macam ni, 2013 warna pastel pink baby blue. kalau 2014 tema hitam putih kesian la aku.sanggup postpone 2015. lols.

Pelamin anganku musnah adalah lagu kegemaran.Eh? K aku tak suka pelamin sebab boleh menimbulkan fitnah mak cik mak cik dekat kampung. Kalau buat grand nanti dikatanya nak menunjuk, tak islamic la, membazir la, poyo la, bajet la, macam macam.Kalau takde pelamin letak langsir raya tahun lepas kang dikata kedekut la, miskin la, low standard la.Susahkan nak puaskan hati orang? So kau buat la apa yang kau nak dan yang paling penting mampu. Jangan mampus sudah.

aku nak pelamin winter sonata macam ni tapi mesti kena tampar dengan bakal suami dan ayah dan mak nanti. so diam je la kita wait and see je lah k.hmmmm

Photography pentinggggg bagi orang yang ada nilai sentimental macam aku HAHA. lagikan gambar makan pagi makan tengahari pun bagi aku penting untuk tangkap pastu masuk IG apatah lagi di hari bahagia cewahh. So aku takpayah pening nak cari mana photographer pastu nak murah sebab mak cik aku photographer hebat. Dia dah kata hadiah kawin nanti free gambar 3 album. Siap ada outdoor. Kat mana? HAHA of course la pantai.Angin bertiup manja pastu veil terbang pastu suami tolong kutip pasang balik sambil bagi senyuman pastu cair pastu terjadilah gambar candid paling romantik abad ini HAHAHA Tak sabar! Okay sila lempang aku sekarang -,-

okay candid macam ni la aku idam-idam kan.. tapi bukan macam ni..lagi best dari ni..sila realisasikan mimpi saya ye wahai encik bakal suami ;'')))


#Mood: terukir dibintang. :D byeeee.




Tiada ulasan: