23/11/13

Flashback bercuti lagi.

Penat gileee assignment menggunung macam ABC special. Tinggi sangat. Aku buat dari Sabtu lepas, ni dah Sabtu balik -,- banyak yang dah hantar, tapi banyak jugak lagi dalam pembikinan. Yeks pembikinan ingat bikin filem ke. Lepas tu aku terasa nak update belog. Penat okayy perah otak taip assignment. Bukan satu dua muka surat. Berbelas dan puluh -,-





Ni masa tahun 2012, diorang mai Teganu kecuali Atiey sebab Atiey dah mai mase tu sensorang. Ni time untuk Jaffnie ngn Azean plak. Okay tengok gambar ni balik Jaffnie gemok okayy HAHA sbb sekarang dah kurus nak mampuss. Aku rasa aku maintain gemok dulu kini selamanya sobs. Azean bagi la cahaya matahari sekilo pun tak de perubahan tetap selamanya jadi vampire. Masa ni Atiey takde sebab tak diberi pelepasan oleh ibu bapa HAHA.
 ni time umur 21 uolss




Ni plak tahun 2011 fuyooo lama dah masa first time Atiey dgn Jaffnie datang Teganu. Masa tu sebab nak ambik kete. Aku dah bosan satu sem first year jalan kaki HAHA jadi tak kira aku nak bawak gak kete kat umah tu. Ni balik semata nak ambik Lisa biru (dah takde dah skrg) palang-alang bawak diorang jenjalan pantai dengan pekena seafood celup tepung. (Ni sesat sampai airport xtahu la ngape). Masa ni Azean plak yang tak diberi pelepasan ibu bapa HAHA

 ni time umo 20 uolss mudanya haha

Ni la yang trip 2012 Atiey maii sorang je tu hahaha bapak berani dari kl uolss. Pastu kebetulan Kartika ada la sebab ni time kitorang cuti sem. G la jenjalan sampai lebam uols. Lepas tu dua minggu kemudian Azean & Jaffnie plan nak mai sini menangis la si budak ni sebab tak leh join wakaka.




Lepas tu aku rasa ni kira trip balas dendam dia, Atiey ni datang lagi sekali. Kali ni kitorang tak main dah duk Teganu, terus g Kelantan uols tanpa tahu jalan n takde gps. Kau mampu? Atiey mampu. Sampai ke Rantau Panjang kitorg berjalan eh berkereta. Ni masjid tokong dekat RP :')



Pastu bersantai berjam-jam dekat Pantai Irama Bachok haha travelerss sungguh. Berdua je ni yang tukang tgkp gambar takyah gtau la kan ;p


Rantau Panjang..panas wooo sini


Aku pun tak paham dengan diri sendiri kenapa nak shopping peralatan dapur -,- macam mak mak la gini tak curlas langsung


Okay ni makan ats pasar siti khadijah tu. best gilosss tiga-tiga sup sedap udang pedass edap ayam percik mabeles.


Kiranya dalam tak plan dalam tak buat tabung vacation haha berjaya gak sampai sini. Dari kul 7 pagi bertolak (aku ingat lagi Atiey semangat bangun kul 5,45 pagi sebab nak cepat) jenajalan sampai malam dekat KB. Malam dekat pukul 12 baru sampai rumah aku wahaha. Kiranya ni vacation yang suksesful jugaklah dengan Atiey. Kelantan punya pasal ;D


Sekarang tahun 2013 mana ade diorang datang teganu dah. Sebab kitorang dah busy final year la katakan. Tahun depan 2014 harap-harap vacation Pulau Redang tu menjadi sebab tabungan pun cukup memberangsangkan setakat ni haha. Lagipun tu last vacation lepas ni kan habis belajar dah mesti susah nak jumpa dah. Hmmm.

Okay la bye.


Tiada ulasan: