22/11/13

December is coming...

Hidup dalam penuh kesibukan. Ada yang sibuk bekerja ada yang sibuk belajar. Maka mana kebahagiaan yang terpaksa di-postpone-kan? Jangan fikir sekali kita buat orang bahagia----sekali itu cukup untuk selamanya. Duit satu kemestian untuk dicari, ilmu dunia satu kifayah yang mulia--tapi duit itu sekadar kertas, paling penting rukun kebahagiaan.--ilmu kifayah sekadar menang dan paling mulia di dunia.


Jangan sampai ada yang pergi--kerana mereka tak larat lagi untuk lihat awak hidup macam lembu. Menghambakan diri kepada kehidupan. Set dalam mind-- untuk hidup perlu ada duit--maka hidup dia hanyalah untuk menjadi hamba untuk mencari duit. Set dalam mind-- perlu ada ijazah master PHD-- maka dia akan berusaha seumur hidup untuk gapai semua tu.



Tak semua orang mati dalam usia tua 70-an.


Ada yang mati esok. Ada yang mati minggu depan. Entah-entah awak mati malam ni.Katakan sebanyak mana pun pahala yang awak kumpul--awak rasa awak akan terlepas dari siksa kubur--itu adalah sangat okay.


Tapi--kalau kehidupan yang baik dan berpahala tetapi tidak menghargai sebuah nikmat atau tak tahu erti sebuah kehidupan yang bahagia-----jangan menyesal bila dalam kubur awak tak sempat bahagiakan orang yang awak sayang. Tak sempat berbakti kepada kaum keluarga. Tak sempat berkasih sayang dengan pasangan hidup.

Mati dalam penyesalan.

Duit sekadar kertas, fikirkan balik erti sebenar hidup. Supaya bila awak mati awak takkan rasa kesal sebab awak dah guna hidup ni sebaik mungkin.

Tiada ulasan: