4/08/13

Masam-masam manis

Setelah ditimang-timang dan dikaji perasaan sendiri, aku sebenarnya memang jenis cepat bosan dengan sesuatu. Atau istilah lain, hangat-hangat tahi ayam. Atau, gali emas tak habis. Atau habis madu sepah diterajang.Atau, ape-ape  je la.


Aku perasan benda ni lama dah. First masa bela arnab. Dulu masa nak bela kemain beria sanggup jelajah daerah nak cari arnab bulu comel. sekali sekarang mampu pandang je, nak bagi makan pun macam, macamla.. macam malas sikit HAHA.


Lepas tu, dulu masa buat part time kedai sate dulu, kemain masa boss kedai tu tanya nak keje sampai bile ni. Aku confident gile jawab "eh sampai malam raya boleh bos" Sekali berhenti sebelum puasa lagi, lagi menyayat hati sempat kerja 2 weeks je KWANGKWANG.


Next, aku tak basuh-basuh lagi teddy bear dengan bantal busuk sejak balik bulan 6 haritu. Bukan setakat nak basuh, nak hantar dobi pun malas. Okay ni malas. Pemalas. Jangan kawen dengan saya!


Lagi, aku beli produk pemakanan untuk shapekan badan, sekali badan lagi bertong pastu aku malas dah nak makan. Beratus duit bazir. Dah biase dah. Dari Herbalife hingga HerbaDeath kirala berapa banyak membazir kalo yang luaknya cuma secotek yang lain simpan kemas-kemas dekat kabinet dapur. Tetibe "eh eh dah expired rupanya baru nak start makan balik" seb bek mak kandung tak lempang.

Yang paling latest, saya penat dah nak practical, boleh tak saya nak berhenti separuh jalan, sambung separuh lagi next year dekat nak grad? Boleh la boleh la. Tiap hari Monday Blues weh. Rasa macam terikat dengan perkahwinan kontrak. Sobs.Sabar je la.Lagi 4 minggu sabarrrrrrrrrrr.


Okay la cukupla listkan satu persatu kemaluan diri. Aib. Aib. Bye.










Tiada ulasan: