22/12/12

Study Week 1 #

Amboii kemainn update belog, sah-sah tak study nih wuwuwu. Seru nak study belum sampai la, boleh macam tu? Oleh kerana semalam tido lewat, jadi harini bangun lambat tu pun setelah dikejut oleh my mom. Seminggu dah tak on call dengan beliau :) Lepastu mandi, makan megi cup tskkk sebab malas nak berjalan ke cafe ishish dan scroll instagram sampai 432 mukasurat. Kenapa semua orang post gambar makanan aaaaaaa. Tak sabar nak balik dapur (balik dapur ye, bukan rumah).


Kalau dah dapat kawan-kawan jenis study, memang senyap la bilik ni. Bilik lain pun senyap, semua balik, even parking 0 banyak. Hoiii kalau tak kerana paper 28hb ni dah semalam aku pecut menuju ke arah pantai timur huuu. Atiey & Azean study non-stop aku pun tak paham. Lepas tu saja la umpan diorang tengok movie, ajak pegi makan, tarik rambut diorang tym tengah study, distract Azean dengan lepak kat katil dia ahhaa tapi dua orang ni tak gerak study graf-graf ekonomi tu. Eeee graf kot. Bosannnnn. Kenapa la dapat kawan yang kuat study.

Sekali nak kacau orang, aku yang terbabas pegi on laptop. Okay takleh study lagi lah. Kena on9 sampai lebam dulu since internet laju ><  Malam ni kita pulak nak study non-stop :D


Study week kena manjakan perut dengan makanan best-best kalau tak otak taknak bagi kerjasama time study lololol jadi sediakanlah wallet yang tebal ye.

Sekarang nak siapkan document untuk internship lol sebut praktikal sudeyhh jadi jom kita start dengan buat resume mail dulu.


Sebenarnyaa ada 2 study week. Study week 2 nanti berdarah la kepalaaa sebab kena cover 5 subjek, study week 1 ni boleh la kau nak makan-makan megi sambil update beloggg yeee Ulepaa.


Lunch kitaa megi cup je tskkk tskkk takpe jap g keluar cari makanan lain nomnom *debab



Tetibe teringin nak air ni. Dahla dalam uia ada satu kedai je jual aaaaaaaa jauhhhh. Eh kenapa gambar beredit? Nampak sangat gambar insta. caption dia "you and me" lololol



Semoga Allah bagi kekuatan untuk study sebab bila buka buku je terus berangan sedar-sedar ehh dah maghrib T_T




  • 28/12/12 - Managerial Accounting
  • gap
  • gappppp
  • gappppppppppppp
  • 8/1/13 - Managerial Economics & Marketing Principles
  • 10/1/13 - Financial Management II
  • 13/1/13 - Malaysian Business Law & Management from Islamic Perspective
  • 14/1/13 -  BALIK MALAYSIA BALIK :")

Dah kenapa kau papar kau punya exam schedule? lololol Tragis nye ada 2 paper dalam satu hari. Mesti pitam tak pun berdarah kepala nanti huuu.

Selamat hari pertama study week, saya tak buat apa-apa pon lagi :D


Tiada ulasan: