21/12/12

Food Review.

Kalau tengok my fone memang penuh dengan gambar makanan. Mana taknya setiap kali try menu baru snapp snapp. Lepas tu boleh buat folder FOOD dah la kut dekat fone.Malam ni saya nak jadi jurist untuk kepuasan diri sendiri boleh tak? Tak boleh pun ape aku kesah kan :D



 Ni dekat Tastebuds dalm UIA. Penah lepak 2-3 kali je. Maklumla Zeti Aziz is not my mom. Spagetthi Bolognise dia sedap just nice, rasa tomato sauce tu sebati dan tak pedas sangat but it's too oily dan sangat confirm dia guna minyak kelapa sawit je bukan any other expensive oil hoho sebab tu harga dia RM6.90 je :D Tapi walaupun lauk dia cuma guna minced meat je tetap rasa puas, lagi satu pasta dia sangat lembut bermakna dia toskan pada waktu yang sesuai.

 Milo Dinosour, bukan untuk dikritik.RM2.50
 Sate kerang. Sedap sangat-sangat kuah kacang dia cukup empuk dan masak serta tidak hangit. new thing for me to try.50CENT EACH
 Soto orang jawa. Sorry to say tapi memang tak sedap sebab struktur nasi himpit dia sangat lembik plus sup dia macam air+garam je tu pun tawar. Macam tak ikhlas je buat.I think kalau I buat sendiri pun takde la macam ni. Macam ni punya pun ramai orang kat warung ni ahaa. RM4
 Cendol Borhan, ni kalau komen banyak memang kena saman la hoho. Memang sedap sebab cendol dia sangat pejal dan bukan macam cendol orang lain yang macam hingus saja tu. Tapi part durian tu my suggestion is why not you use the real durian, bukan blend sebab kalau guna yang real baru umphh kot tapi yelaa bukan RM3 la pulak harga dia ye dak.
 Olio Spagetthi dekat my college cafeteria. Dappppp , satisfy my tummy, tapi kalau ikut susur galurnya, it's too kering. Rasa olive oil dia cukup, cheese cukup but that's it..Kering. Maybe sebab dia buat secara pukal bukan plate-based. But I like this. My fav :) RM5



Nasi goreng ayam blackpepper dekat my hostel cafeteria. Thatssssssssss why i hate eating in the cafe.Nampak macam sedap tapi end up tak habis makan suku pun. Tak faham kenapa dia nak letak santan. Kalau ye nak letak, why you let the smell of that santan basi or tak masak or whatever else. Lagi satu cafe bawah ni memang sukaaaa sangattt masak guna extra bawang. I know it will produce sweet taste tapi bila overload bau dia jadi tak best dan nak-nak pulak kalau bawang tu hangit. and that nasi is too oily.RM4


SAS punya beef steak. Sos dia sedappppppp sangat-sangat cukup pekat rasa black pepper pun cukup. Even mustard sauce tu pun sedap dan masam dia kena. Tapi meat dia tak masak secara rata sebab I found one part macam kurang masak sikit. Sepatutnya kena grill secara rata sebab tu la function steak.RM14.90.

 Kueyteow sup dekat cafeteria masa zaman asasi huhuhu. Sangat sedappppppppppppp*teringat kenangan zaman asasi tsk tsk * RM3
 Chicken & chip yang sangat oilyyyyyyyyyyy and rasa nak muntah. Even the fries mendap terlalu lama di dalam minyak.RM6
 Nasi ayam penyet Plaza Idaman. Setiap Jumaat wajib makan sini lols. Sangat asli drp Indonesia sebab semuaa orang Indon yang masak. The crispy chicken yang memang takleh cari tempat lain and sambal tomato dia sangat pure.Tomato sangat terasa bila cicah ayam dalam tu :D My fav too next tym nak bawak my family makan sini RM6.50
 That night masa makan all I tasted macam okay dan sedappp je. Maybe sebab makan dengan the love one kot sebab tu terasa sedap je semua lolololollllllllll. Balik tu bila fikir balik (wpun tgh ngantuk sempat fikir pasal mknn) mushroom pasta ni sedap, tapi dia punya mushroom sauce ni obvious sangat tak berapa masak dan rasa macam instant punya macam err Campbell? Yang atas tu spagetthi chicken bbq sedap je, pelik AH cakap tak sedap maybe his taste lagi fussy than me kot.Hoho means kalau dia komen semua gambar ni lagi dahsyat la kot than me. Tapi memang kering pastu macam banyak perasa sangat er i mean MSG.RM12.90

The problem with this nasi kerabu is the portion sangat sdikit dan tak cukup haha. Perfectttt enough ni tempat lepak my family during weekend. Terbaik :) Ayam dia sangat tempting. Sambal minyak dia pun cukup rasa tak macam setengah orang buat tak epcah minyak pun.RM err idk maybe 4-5.


Cukup la sampai di sini review food nanti kita kumpul banyak-banyak gambar dalam fone pastu kita belogkan ye LOLS.

I feel so hungry writing this post so I wanna make a glass of milk fr myself :D
Goodnight everyone..

Tiada ulasan: