31/12/12

Please dont come 2013, sebab 2012 sangat awesome!

Sedih..sebab tahun yang paling best sepanjang hidup ni dah nak habis. Tinggal berapa jam je lagi. Tahun yang paling banyak menduga, banyak mencabar, paling banyak disakiti, paling banyak kenangan indah short talk dia , tahun paling matang abad ini trolololol.

Oleh yang demikian, saya nak buat ucapan khas untuk silent readers saya. Ye..saya tahu sape anda semua..takut tak? Ahaha.

Susunan rawak je ea..xmo tacing-tacing tau.


  1. Aimi Zafirah (bangga lettew dapat no 1)
Aimi..terima kasih sayang banyak-banyak sebab setia dengan I dari dulu sampai sekarang trololol. Thanks sebab memahami. Kita sangat kimia tahu? Walaupun being sarcastic each other, awak (awk?) je yang tak penat faham saya dari dulu kini selamanya. Sayang awak. Dan saya rindu sangat nak hangout dengan awak.

Atiey, Azean, Apnie, ze bffs.

Tulis lah banyak mana pun, tak cukup nak describe how awesome my life when face it with chugais. Rasa tak sorang-sorang. Walaupun banyak masalah, still boleh hisap rokok dulu stay calm and keep going trolololol. Thanks for everything! Kalau takde korang, my life as student will be very skema, nerd dan seumpama dengan nya. Mungkin setiap malam akan squating tidur bilik Kartika Azmi. Lols.

Kartika Azmi.

We both...have changed right? No more time to spend together. Adapun setakat saya pegi hostel awak cakap lebih kurang 5 minit pastu byebye next sem kita borak lagi ye T_T . Tu lahhhh orang kata dah ambik la akaun, sama course baru setiap 24/7 boleh bergedid bersama. Sincerely, i hate the new you. Rindu masa zaman sekolah. Setiap hari jumpa kat sekolah pun tak cukup. Weekend keluar lagi pegi lepak PizzaHut KFC T_T Tak cukup dengan itu bergayut di telefon rumah. Macam couple okayy T_T. Sekarang, belek album fone pun, belum tentu jumpa gambar awak. Cuti sem pun tak hangout bersama. Hmm. Iloveyou, anyway.

Amira Azyyati.

Saya cemburu dengan bestfriend baru awak, sebab awak bestfriend terbaik. Taknak cakap pape kat sini nanti perempuan2 kat atas ni jeles. Sebab awak yang terbaik.Ada di kala susah senang. Saya pulak asyik menyusahkan awak. Awak selalu fikir untuk saya. Awak sanggup korban semua demi saya.Awak tak cakap pun, tapi saya tahu. Awak langsung tak selfish. Cakap tengking dengan saya pun tak pernah. Sakitkan hati saya pun tak. Mana nak cari perempuan baik macam awak? Sampaikan kalau kita tak contact sangat pun, saya tak terasa kehilangan awak. Sebab awak sentiasa ada bila saya perlu.Hello je lepas tu kita still boleh bergayut macam tiap hari jumpa.Padahal last jumpa lama dah, time raya aritu. Sobs *kesat hingus

Amirul Hafiz.
Thanks untuk tahun 2012 yang awesome ni. 2011 awesome sikit je, banyak menangis wakaka. Tahun ni gempak la. Tahniah la sebab sanggup nak bercinta dengan saya bagai nak rak kasut ha ha ha okay maluuuu nya orang lain baca ni  >_< . Tapi tapi lagi best kalau kita dulu bestfriends dekat sekolah boleh nyanyi lagu ni haa "lucky im in love with my bestfriend" trolololol , ni tak kena nyanyi "lucky im in love with my enemy hohoho. Saya penah terfikir, best nya kalau dulu time dekat kantin sekolah boleh main mata main senyum kambing dari jauh. Dulu tak penah terfikir sikit pun pasal awak. Sakitkan hati awak lagi adalah.Maafkan saya ;( . 2013 kawen jom? Tapi tolong propose dekat tempat best sikit k. Kbye.

Wan Syuhada.

Hai silent reader yang setia :D  Thanks utk segalanya. Rindu kenangan Nilai dengan awak. Sape suh awak ambik law kalau tak kita boleh jadi classmate, boleh jadi roomate sekaligus menjadikan awak sepatutnya di list Atiey, Azean, Apnie ze bffs LOLS.

Okay, sape lagi ek? *pikir laju-laju


Siti Aminah.

Bila nak balik Malaysia. Rinduuuu. You know what, the three other girls tu layan saya macam bukan kawan dah sekarang. Macam strangers. Saya wish Fieza birthday dia, dia tak reply pun. Setiap tahun saya wish start 2009 2010 2011 2012 langsung tak reply. Dia tak anggap saya kawan baik dia dah ke? Ida pun sama. When I have study problems biasanya kol dia sebab nak mintak pendapat. Tapi kitorang akan kontek kalau saya start dulu. Kalau tak jangan harap la dia nak kol tanya khabar dulu. Dia dah tak anggap kawan ke saya ni? Kimah. Walaupun satu Uia, ada sesekali bertembung dekat pasar malam ke, library ke, tengah jalan ke, rasa awkward sangat. Kenapa tak macam dulu dah? Awak pun, kenapa tak reply dah bila saya ym?Saya kemain excited bila tengok awak online ym.

Adam.

Jiha mintak maaf sebab haritu. Tapi thanks sebab memahami. Thanks sebab faham. Walaupun tak tahu dah pasal awak sekarang, saya rasa awak baik-baik saja. Cari lah gewe cepat-cepat :D

Rasanya cukup dah kot silent readers aku. *Rasa nak cium diri sendiri sebab hebat gilaa tahu sape silent readers diri sendiri LOLS.

Eh lupaa ada sorang lagi.

Hamis Jalikhaaa.

Awakkk.Kita tahu dah sape b awak. Kitaa tahuuuu kita jumpa dekat petrolpump haritu khenn khenn. Cantik sport rim. Kawen nanti jangan lupa jemput tau. Stay cantik sampai bila-bila eh. Kalau pakai tudung mesti lagi comel :') Kbye.


Semoga 2013 lagi best, banyak masalah best, banyak kenangan best, makanan err best, kawan best, study best, shopping best.

Kerana yang duka tu jalan bahagia. Bahagia memang sementara, tapi kecewa pun bukan selamanya - Najeehah Ulfa 2013 yang bakal berusia 22 tahun. OMG OMG 22. Harus sambut birthday tahun ni sebab number best. HADIAH BIRTHDAY IMPIAN 2013 - FRYING PAN NONSTICK JENAMA BUTTERFLY. UHUK UHUK TAKE NOTEEEE SEMUAAAA YE. SHAYANG KORANG. :')

Haaa yang ni laaa korang. Tak mahal pun. $15.99 je. Convert currency Mesia pandai2 la ye. Uhukuhukuhuk.

Kalau tak de duit sangat, bagi satu pun jadi laaa.
Sape yang bagi, nanti kita masak pasta sedap-sedap untuk dia ><



#31/12/12 - Fieza, memandangkan awak tak reply 4 tahun dah wish birthday drp saya, saya wish dekat sini je la. "Selamat hari lahir ke 21, semoga hari-hari yang mendatang mematangkan lagi awak.Semoga Allah melindungi awak dan saya rindu awak ;')


Welcome the 2013! This gonna be greaaaaattttt *ala-ala suara Fazura dalam Gol&Gincu*  Amboi kemain eh, awal muharam takde pulak entry camni T_T

1 ulasan:

Atiey Joshy berkata...

pfftt. how come i'm no 2? :/
anyway, lucky i'm in love with my enemy. bahaha bahaha