30/12/12

Study week 2 #

Hai saya tengah bengang. Bengang dengan diri sendiri sebab tak reti dah nak study celah mana. Tiap masa busy. Busy tengok handphone kot-kot ada mesej Celcom masuk. Paham tak maksud tersirat? Tak paham sudah kbye.

Busy? Eh dah tu kenapa update belog? Bukan ni study week ke.. hmm tak boleh la duduk rumah, rasa nak rilek-rilek je. Lagipun rumah bersepah kot, bilik especially. Bila benda berselerak berterabur sahkan nak study, nak makan pun tak selera.Tak de maknanya nak set alarm pukul 1 pagi stay up.Kat uia boleh laaa.Ni nota yang dalam handbag pun aku tak sempat nak jeling.


 Semalam kemain buat list-to-do untuk harini, pastu sepatah haram tak buat. Setakat vacuum ruang tamu je. Belah lah kau Ulepa. Pagi buta ada je alarm bergerak pukul 7 dah ajak bangun ke situ sana sini. Balik-balik tengahari lapar. Takde makanan pastu tertidur.Lepas tu bangun-bangun pegi makan nasi then pegi jenguk Becky entah makan ke tidak. Orang bagi karot dia gigit tangan orang.Kuangg haja punya anak kelinchi. Esok puasa la ye awak. Lepas tu sapu daun kering 15 helai. Berpeluh. Give up terus nak sambung belakang rumah punya. 

Sekarang dah tengah malam, emo tak pasal-pasal. Semua mesej masuk aku layan dengan sarkastik habis. Kesian semua orang. Harap fahami diri ini wuwuwu. Maaf la ye semua, aku pun tak paham kenapa angin kus-kus menyerang malam ni.

Kena tegas dengan diri sendiri. Asyik manja je, bila nak insaf tah. Okay 1 benda je!


  1. NAK TAK NAK, ESOK HARUS STAY LIBRARY AT LEAST 5 JAM. MUKTAMAD.

melainkan kau rasa nak pass exam takat-takat hidung je.........


#Kenapa#rasa#nak#emo#je#malam#ni#T_T


Tiada ulasan: