3/12/12

Jangan mainkan perasaan daku.

Semalam walaupun penat nak mati drive dari awal pagi ke awal maghrib, sanggup set 5 alarm nak bangun pagi sebab nak study test economics punya pasal. Yelaa haruslah study,soalan economics kan sangat scary,so bangunlaa kiter yang naif ni sambil belajar jugak.

Esoknye kelek jugak lah kiter ni buku teks economics ke hulu ke hilir ke cafe ke class. Lecturer mengajar,kiter ni sibuk belek graf pasal consumer behavior. Memang susah graf tu. Ceh.


Sampai masa test, madam suruh tunggu sampai 54 students masuk class baru boleh start test. Kiter ni duk bilang jugak la sampai la 54 students masuk heh, lega rasa boleh dah mula test. Bukan apa, rabu ni berderet lagi kuiz kuiz nak kena jawab. BENCI ISNIN DENGAN RABU! Lepas tu madam tanya (boleh pulak tanya) nak test harini atau rabu. Majoriti nak harini..2-3 orang je nak rabu. Tu mesti budak laki yang mengada sebab tak study lagi.


Lepas tu madam kata takpe la test postpone rabu je laaaaaaaa. WTD!! Sabo je la. Eleh padahal aku tahu ,sebab dia tak siap buat soalan pun lagi. Mesti kes balik kampung makan durian pastu lupa nak prepare test question ceh ceh. Kenapa laaaaaaaaaaa. Benci la macam ni. Macam law haritu gak. Postpone postpone nyampah. Depa sukati je buat kita macam ni, bilaa result tak cantik, tahu pulak nak ngamuk.Diorang main sukati nak postpone exam boleh pulak. Ingat kita ambik subjek dia je kot sem ni. -,- padahal 6 kot.


Rabu ada quiz accounting, quiz financial management dan test economics yang tertangguh. Bravo! Pfttttt. Tak termasuk dua assignment yang kena hantar. zzzzzzzzzzzzz.

Bye, nak release tension layan movie.

Tiada ulasan: