12/06/13

Intership part one

Well, berhabuk sudah belog ni. Nasib tak perlu vakum je. Final exam dah masuk kubur, pastu sekarang nak cite pasal internship/latihan industri/practical training.

Wohooo penat weh perjalanan sejam setengah. Bangun konpem2 awal dari pak guard sekolah. Nak redah jem dengan kete yang seribu cc je mencabar. Susah nak potong semua sampah lori kontena bagai. Lain la aku bawak 4wd, cucuk je semua bontot kete,setengah jam dah boleh punch card,abis cite.

Okay cukup. Practical dekat sini memang cukup mewah. Mewah dengan aircond, setiap 5 minit g toilet lols. Makanan dia ahamdulillah, sedap banget, jauh beza la dengan cafe Sumayyah. Dulu aku bajet kalau makanan teruk macam Sumayah kononnya boleh la diet. Tapi rasa dia macam masakan ibu, memikat hati. Nak-nak staf lain memang suka ajak aku makan -.- setiap masa makan. Breakfast berat, tak main dah koko krunch dengan susu. (planning failed). Pukul 10 milo kaw lepak kunyah segala kuih kerepek yang ada. Haihh. Pukul 12 lunch. Masakan kampung win. Sambal belacan dia tahap mengalir air mata, so kena sedia tisu sebelum makan,kalo tak malu orang tengok. Pastu sambil makan sambil compare harga makanan masing-masing pastu complain kenapa laici kau tiga biji aku dua biji je etc etc. Aku ingatkan student je cani huahua.

Pastu kerja setakat ni tak banyak. Aku buat filing, invoice, study cashflow company, pastu jeling financial statement jap tengok figure. Nombor juta-juta, sikit lagi nak juling mata. Invoice complicated, biasa la real la. Ade tender yang belum bayar, dah bayar bukan macam belajar. Semua perfect senang je. Ni nak kena tengok balik semua benda pastu adjust adjust adjust.

Biasanya keje yang menimbun datang lepas zohor. Sengal di situ pastu 4.30 orang g surau aku duk tension buat entry invoice. Pagi-pagi xde pulak keje boleh je nak melangut dekat tempat orang lain, bergosip bagai.
Kalau bosan sangat aku amik inisiatif pegi melencong dekat tempat ayah aku dekat plant dengan control room, dapat la cuci mata tengok engineer muda dengan budak kontrak buat keje lols, tapi baru buat sekali ye, huhuhu.

Pastu pukul 1 biasanya staf rehat kat surau mata tutup mulut bergerak -,-. Hari pertama aku nerd join jugak, sekarang dah boleh ambik pengajaran haha, jadi kita isi masa lapang dengan encik blog.

Okay cukuplah diari mengarut ni. Langsung tak melambangkan pekerja berwibawa aku ni. Eleh saja je taknak cite yang bab excellent, nanti dikata berlagak lak. Huhu.

Klah bye, nak tido jap. Jap g pas zohor nak g tengok asset kat plant. Terbakar la kulit itewww, penat pakai lotion tawww (tetibe karisma bekerja diganti dengan mood gedik student)



Tiada ulasan: