Jadi, tak banyak benda pun nak cakap. Kalau nak dapatkan sesuatu tu, tak kira lah kita dah usaha ibaratnya macam kumpul duit untuk shopping handbag idaman yang ambil masa berbulan tu, key dia satu je iaitu sabar.Kalau dah tak tahan sabar, lama dah pow orang lain atau mencuri sendiri.Minta-minta dijauhkan.Hishh.
Macam tu jugak dengan benda lain.Kita nak sangat sesuatu benda tu, kita tahu mungkin kita akan dapat, mungkin tak dapat, apa yang perlu selain usaha dan doa ialah sabar. Walaupun perit. Tsk. Memang sangat perit kali ni. Tapi ingat senang ke nak sabar. Nak sabar untuk capai sesuatu susah,tapi lagi susah nak capai benda yang sebenarnya kita boleh je nak dapat, tapi oleh kerana belum masanya, kena tunggu lagi dan teruskan bersabar. Sebab kita sedang berperang dengan diri sendiri. Yelaaa. Benda dah boleh set up cuma bukan right timing lagi.
Contohnya kucing yang tengah puasa nazar sebab bulu dia makin lebat dan comel, tapi at the same time tuan dia lempar seekor ikan goreng yang sedap. Nak tak nak dia kalau dia jenis beriman,dia kena sabar dengan menjauhi ikan tu.Ataupun tengok je sambil telan liur tapi tidak menjamahnya. Fuhh penuh dengan isi tersirat hohoho.
Tunggu eh, nanti sampai masa kita ukir nama dibintang. Masa tu semua yang tak paham keadaan akan tahulah sendiri samaada air laut tu warna dia turqoise ke hijau.Sabar T_T
So, matang ke? Jangan diukur kematangan seseorang dengan sikap luaran dia. Kadang-kadang orang yang manja lagi mengada dan clueless lagi matang dari orang yang bercakap pandai. Sebab maybe dia saja mengalah sebab dia rasa kalau dia tegakkan benang yang kering benda tu tak membahagiakan dia pun. Baik dia biar je masa dan keadaan yang menghukumi, paling penting dia tahu apa yang dia decide atau keputusan yang dia buat tak salah tak ada penyesalan dan penuh dengan kebahagiaan =)
Dah 3.33 pagi. Terjadilah sebuah entry yang bila esok baca balik mesti rasa blur.Bahana tak boleh tidur sebab rindu orang yang dekat Sabah -,- Kbye.
Haritu saya pegi minum petang di sebuah kedai makan yang main dish dia keropok. Ya ampun pelayannya ganteng banget (terasa macam puji suami sendiri je bahaha) dengan rambut botak harhar ,peramah asyik tersenyum saja. Bisa untung besar bisnes gayanya. Baik pulak tu tolong potong keropok kecik-kecik, katanya mudah saya nak makan. Lepas tu bila saya nak bayar,katanya dia belanja. Masakan pekerjanya mau belanja sama customer?hoho.
Jadi esoknyaaa saya membelanjakan si pelayan baikhati+suka tersenyum tu makan kek sempena sikap baiknya terhadap saya kelmarin huhu. And pre-celebration besday. Mana tau kalo2 celebration yang betulnya nggak sempat dilunasi, biasalah masa sentiasa mencemburui (tetibe), ekoran itu baik buat backup plan di depan, ye nggak? Okay terlalu banyak ngomong. Bye.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan