Yelaa sekarang kan orang busy buat pavlova la, pizza daripada roti high5 la, makaroni bakar cheese la, eclairs la, takoyaki la, cheese oreo cake la, marble rainbow cake la, caramel la, shepbaby pie la, apple crumbs la blablabla. Kita tak pandai buat semua tu. wuwuwu. Kita reti masak lauk nasi je buat makan tengahari. Tu pun kira cincai-cincai. Setakat ikan siakap 7 rasa tu apela sangat. Kita jealous bangett dengan orang yang pandai membaking nak -nak yang sorang tu dekat insta asyik post gambar je grrr. :(
Yang first kenapa kita tak pandai sekali oven rumah kita dah macam rosak.Haritu bakar pizza pun tak masak sebab api dia dah tak lut -,- Kita mintak ayah beli baru dia kata kalau nak makan kek pegi je la secret recipe T_T. Mak kita pun sama. Kita kata nak buat pizza, dia kata order je Pizza Hut. Kan sekarang kat Teganu dah ade delivery T_T. So memang tak la kita nak membaking KECUALI SUAMI KITA NANTI TOLONG BELIKAN OVEN BARU, OH TU MESTI AWESOME!I will loveyou babe..
So bila nenek kita ajar buat kuih ni, kita rasa teruja sangat. Hanya perlukan skill jari untuk menguli tepung beras, skill blend daun pandan dan ramas untuk dapatkan air nya, skill bancuh kapur (bukan kapur kat papan hitam tu ye), skill menggentel, skill memesin kelapa dan lain lain. Secara lainnya, penuh tradisionalan dan ciri-ciri kewanitaan. Dan itu bukan macam saya. Ahahaha. Eh, hihihi *ketawa sopan tutup mulut*
Okay ni yang dah siap. Second trial. Trial pertama 4 tahun lepas bahaha.I buat sorang-sorang ni tau.Yang beruli tepung takleh nak ambik gambar, tangan mencemar duli.
Buat kuih macam ni tak perlu oven. K.......hm.
Puteri mandi, onde-onde, donut, tepung bunga, kasturi, ketayap, you can count on me bebeyh. Semua tradisional muahaha.
Pizza,scone and cream, lambpie, lasagna,butterscotch cookies, cheesecake blabla = you can kick me out.
Kalau dapat mertua tekak ala-ala English, me= habis, mati bersepai.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan