9/11/12

Busy day but boring day.

Salam. Selawat dan junjungan ke atas nabi Muhammad (pbuh) pada  hari penghulu segala hari adalah satu amalan yang mulia. Dan juga, perbanyakkan surah Kahfi ye semuaaa adik-adik kakak-kakak.


Well, jap lagi pukul 3 I got midterm, well Economics paper tapi taknak dah study sebab bosan ulang benda sama.Graph graph graph. Ohh berlagakk ye kau Ulepa, kalau taknak boring sangat dah kenapa tak ambik culinary art je? Kan dah boleh masak macam-macam.Padan muka diri sendiri.

Petang nanti againnnn kelas parenting 5-7pm  bosan nyaaaaa sir asyik cakap pasal kawen responsibility responsibility responsibility, hilang terus semangat nak kawen awal. Dulu aku gile sangat nak sangat kawen awal khenn.Sekarang tidak lagi.People change. *tetibe*

Pastu malam ni macam biasa kali kedua nak Midnite Run, feeding homeless people ;') . Sebab pe tau aku nak continue benda ni. Sebabnya masa first pegi haritu kitorang berdua pegi dengan kelaparan sebab baru habes class, pastuuu Sanjayy belanja kitorang makan malam haaa dekat mamak Masjid India, sedap weh. Pastu masa tu kitorang boleh pulak mengidam nak cornetto ke drumstick ke kitkat ice cream ke, pastu masa nak balik tu, haaa 2 ketul drumstick choc, kitorang dapat, makanan lebih untuk homeless people tuu. Bukan nak cakap kitorang suka makanan (padahal betul) tapi nampak kat situ Allah kabulkan permintaan peliks peliks kitorang dengan cara yang kitorang tak sangka. So I take this as clue Allah nak gtau buat such activity sebenarnya ada kebaikan ataupun berkatnya. So harap-harap aktiviti malam ni berjalan lancar.

BALIK MIDNITE RUN NAK TIDO PUAS-PUAS ESOK NAK BANGUN PUKUL 12 PASTU TERUS LUNCH. BESTNYAAAA.


Sekian laporan hari Jumaat daripada saya yang cun.

-Ulepa O Lala-

Tiada ulasan: