30/10/12

Becky in the houseeeee!

Salam. Well sekarang saya dah ada pet. Sangat pelik Najeehah Ulfa yang takut kepada kucing suka kepada kelinchi. (Sebab kucing jahat, rabbit baik)  Nama dia Beckham Iskandar sebab dulu saya suka David Beckham tapi setelah style rambutnya diubah oleh Victoria Beckham saya tidak lagi menggemarinya. Manakala Iskandar pula nama cetusan konon-konon kalau beranak nak bagi nama anak Iskandar, panggil Is. Is. Are. Are. Comelnyeee. Okay tapi sebab kelinchi saya berbaka anggora kapas, bulunya lembut dan lebat seperti kapas maka saya panggilnya Becky Kapas. Fuh panjang betul salasilah nama.


Saya telah membeli Becky Kapas daripada peraih semasa ia baby lagi yakni umurnya 2 bulan tetapi oleh kerana kekangan masa belajar di ibu kota, saya membuat keputusan untuk mengambil seorang pengasuh untuk menjaga, memandikannya dengan shampoo J&J dan memberi ia makan 3kali sehari (sebab tu gemook) dengan bayaran upah RMXXX. Mujurlah saya dapat berjumpa dengan Becky Kapas ketika cuti panjang, dengan demikian penuhla gambar ia di dalam gallery handphone saya ketika cuti raya korban tempoh hari. Mahu lihat?














Can you bear this cuteness? hewhewhew.

Makan banyak tido banyak berak banyak. Penat mommy basuh berak awak tauuuu. Dahla bucukk sangat. Kalau besar nanti tak masuk university, tak tau la apa nak jadi. Heh.



Tiada ulasan: