Semalam kepada semalam semalam kitorang pegi makan nasi pakapau dekat Planet Tomyam selekoh jalan tuu. Kedai tu kedai makan yang kotor and yes, sedaaappp.Kedai kotor selalu sedap. Kedai tu jugak agaklah bajet romantik sebab semua ada payung atas meja so kalau kau datang dating, boleh la pandang mata tanpa peduli keadaan sekeliling. Dan ada lilin comel wangi dalam bekas tu. Maksudnya malam kan gelap tapi korang still boleh tengok muka comel awek masing-masing kalau bawak dia makan kat sini.
Sedang makan nasi pakapauuu, tiba-tiba payung dekat meja pakcik sebelah poppp terjatuh.Ia kelihatan agak kelakar sebab menutupi pakcik tu.kami pun gelak comel macam awek.Tapi sinis. Jahat jugak la.Tapi Tuhan nak balas.Lagi dahsyat.Ada 2ekor kucing jantan sebelah meja kanan yang tadi main tepuk amai-amai tiba-tiba nak bergaduh pulak.Biasa la, people change. Eh? .Azean dengan Atiey dah start cuak pastu cuit-cuit aku.Ingat comel la tu.Aku rimas weh dengan perempuan takut kucing (padahal diri sendiri tak berani jugak kahkah) .Aku and Jaffnie cool lagi. Lagipun teh o ais limau tanpa biji aku baru separuh minum 1..2..3.. tiba-tiba kucing tu serang kitorang. Terbalik kerusi nyah.Semua otomatik mak, bangun makan tak habis terus pegi jumpe cashier,keluarkan purse.
Dekat cashier pulak, tengah nak bayar, tiba-tiba kucing dua ekor tu tak cukup gelanggang kot, tiba-tiba menerpa ke arah kami. Aku adalah aku, memang tak boleh terkejut lalu menjerit memang gedik, annoying, kalau bf dengar mesti dia mencebik sinis.Cis. Semua pandang.Aku rasa ohmyy. Aku tertolak Atiey lalu Atiey jatuh ke pangkuan seorang lelaki yang sedang makan nasi pakapauuu jugak. Tiba-tiba semua terdiam. Scene macam tu semua orang nak tengok.Bayar cepat-cepat.Kakak cashier dah tekekeh gelak. Kucing pun takut. Tulah kot dia cakap kat dalam hati.Eh bukan. Entah-entah dia cakap camni " BEST LETTEWWW JATUH ATAS LAKI" PFFTT WTD WTD..
Masing-masing gerak ke kereta. Aku pandang belakang. Pakcik yang jatuh dalam payung tadi senyum dekat aku,senyum nampak gigi. Okay, KARMA mungkin perkataan yang ada dalam detik hati dia. Mesti dia cakap "Haha padan muka tadi gelakkan aku sekarang amik kauuu". Oh my english.
Selamat malam.Lepas ni sape bersungut mengidam nasi pakapau, meh sini kakak nak tampar.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan