30/07/12

Berapa yang mampu kita bagi?


Pernah tak kita fikir berapa yang kita nak bagi dekat parents terutama ayah selepas kita kerja nanti? Aku selalu fikir nanti duit gaji 30% nak saving, 20% nak bagi ayah mak, 50% buat belanja hari-hari. Tapi kalau gaji  2k, 20% nak bagi parents tu jadinya  RM400. Aku rasa jarang ada anak bagi parents RM400 sebulan kecuali anak gaji best lain cerita la bro. So bila fikir dah okay sangat balas baik jasa mak ayah bagi RM400, RM200 each ,comel lettew bahagi dua sama rata.

Pastu aku tanya ayah, berapa dia spend untuk aku sebulan. Duit bayar kereta lagi, duit minyak, duit yuran, duit buku teks yang ratus-ratus tapi sampai final selak sikit je (rasa berdosa ;(  sobs), duit makan (makan nak sedap je tiap hari,bukan macam student lain yang reti bahasa,selagi boleh berjimat,berjimat), pastu duit tengok wayang, duit beli tudung T_T , duit shopping kasut handbag baju blablabla, duit berukband. duit nak bayar saman duit baiki kereta, even duit nak topap T_T.

Ayah cakap sikit je, dekat 2k sebulan. T_T dah tu takkan nanti bila besar nak bagi RM400 je dekat beliau,eh silap RM200 je sobs sobs terasa macam anak derhaka pulak.

So kena la belajar sungguh-sungguh pastu keje sungguh-sungguh pastu kawen sungguh-sungguh nanti bagi ayah hadiah cucu yang comel-comel buat teman main gurau hewhew.

Thanks for everything ayah ;')



#Selamat hari puasa yang ke 10  :)

Tiada ulasan: