13/05/12

Terapi hari minggu



Kadang-kadang kita buat sesuatu di luar jangkaan kita sendiri. Sebab kita tahu kalau kita terus mengekori garisan-garisan yang telah ditetapkan, kita masih ditakuk yang sama, tiada perubahan.Perubahan yang dibuat bukanlah mahu menunjukkan protes, tapi mahu menikmati apa yang boleh kita nikmati selagi boleh.

Dan apabila ditimpa masalah dengan hati dan perasaan sendiri yang mana kita rasa bodoh sebab pegi layan, tapi oleh sebab layan itulah air mata kita jatuh, mata terus jadi bengkak, hati terasa sakit, rasa nak keluar je dari kelompok manusia yang biasa kita tatap, tapi akhirnya kita sedar semua ni buat kita jadi puas hati dan rasa semua masalah hilang, walaupun sekejap.

Mata bukan dicipta untuk melihat keindahan saja, tetapi sebagai terapi bila dalam kesedihan. Kalau menangis tu boleh buat kita lega,apa salahnya. Yang penting kita tahu kita dah mencuba sehabis baik, dan apa yang berlaku di luar jangkaan kita bukan lah salah kita lagi. Dan percaya Allah,semestinya.





*jangan main-main dengan kata-kata yang keluar dari hati, bukan mulut haha haha

Tiada ulasan: