Assalamualaikum =)
Lantaran selalu hilang lepas tu muncul balik, saya dengan tidak sengaja mempunyai kekasih biskut. Kekasih? Eyuu. Ye, 'kekasih biskut' adalah nama pada paparan skrin telefon tangan saya, gelaran untuk dia.Datang tanpa dijemput, pergi tak berhantar.Tiba-tiba muncul dan tiba-tiba hilang.Contohnya saat ini.Saat yang baru je saya semangat mesej dia, niat mahu mengajak kekasih biskut untuk ber-ym tetapi tidak sempat pun diutarakan keinginan tersebut sebab dia dah hilang terlebih dahulu pada mesej yang ketiga.Adooiii -..-
*macam $#@%&* je bahasa melayu aku*
Ekspresi bercakap dalam telefon adalah lagi best best best dan best daripada mesej. Setuju? Contohnya kawan aku ajak keluar weekend ni. Tapi silap besar la kalau dia tu jenis touching lepas tu nak ajak aku pakai mesej je. Kol la bro. Kau xpax number aku kan? 10 minit sehengget je.SEBAB AKU TAHU AKU FAIL BAB JAGA HATI ORANG GUNA MESEJ. -..-
" Jihaaaaaaa cun lagi cun , jom keluar ahad tengok this means war aku belanja wayang kau belanja popcorn."
Aku reply ape? Masa tu aku tengah class and Miss June tengah ngamuk kes presentation.Puihh.
"K. "
Terus dia reply balik
" Fine la tak ikhlasssss balas satu huruf je, satu penghinaan, okay la tak jadi la weh. Aku ajak orang lain. YANG LAGI CUNNNNNN"
Kau pahal bro? perlu ke mention YANG LAGI CUNNNNNN tu?lagi satu perlu ke nak touching betul-betul? Sebab aku reply back, dia dah senyap macam beras siam dah -..-
Silap aku jugak reply k je tapi nak buek camano aku memang macam tu kecuali dengan kekasih biskut. Aku memang suka reply k... jap... otw.. paling panjang pun tengok aa lur.. kalau orang tanya pape.
Tengok, tak pasal-pasal tak jadi rezeki free movie aku.
Kalaulahhhhhh dia kol and terjadilah satu perbualan yang macam ni kot :
Dia : Jihaaaaaaaaa yang cun lagi cun, ahad tengok cite this means war jomm lelaki yang kau suka belakon.Aku belanjaaaaa tikettt kau belanja popcorn.
Dan aku yakin 200% ekspresi aku macam ni :
"Oyeahhhhhhhhhhhhh?Nakkkkkkkkkkkkk dia tu laki yang aku minat kottttttt, mata dia makkkk aiiiiii bukan setakat cair dah boleh jadi gas hati aku"
Penekanan huruf sama pada keyboard = excited melampau.
Nampak beza dia? Nampak? Hmm sayang sungguh.
Tapi dia laa sayang sebab tak dapat popcorn free sebab aku dah tengok cite tu minggu lepas dekat Mbo Ampang dengan gegerlfren.HAHA.
Konklusinyaaa, aku tak suka reply mesej secara excited kecuali dengan kekasih biskut.*kekasih biskut, sila terharu dan balas mesej dengan excited jugak okayyy* Lepas ni cuba try kol je. Konpem bergegar otak kau dengar aku jerit nyaring persis loceng aiskrim babu tuuu. Kalau tak pun, mau nya handphone kau kena tukar baru kes rosak speaker.
Haih.My bad.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan