16/02/12

Jakun tapi sape kesah ? :)

Assalamualaikum :)


Memandangkan class management information system (mis) kensel satu week (tepuk tangan angkat kening) maka proses berlibur berjimba digiatkan mana tauuu lepas ni busy dengan assignment pulak maklumla lecturer sem ni mengada macam tahi kuda pulak hari pertama pun dah bagi tarikh final.And kereta kitorang kotor gilaa memang la balik cuti haritu pun tak basuh setitik pun sebab malas dan taknak bazir syampu dan taknak bazir air. Hmm lupa pulak nak ambik gambar kekotoran kereta tu, orang nak ngorat pun sure lari sambil menangis sebab perangai anak-anak dara pemalas macam penyapu bilik yang dah 3sem tak ganti.Okay penat taip.

Oleh sebab supir saya (saya?) tak tahan perasaan dah sebab baju dia asyik bergesel dengan kekotoran yang melekat pada kereta dia nak jugak pegi snow wash.Saya (saya?) pun cakaplaa takyah basuh la biar sampai habis satu sem mesti orang ingat kita macho weh lain la kalau boleh bayar dengan baucar.Hm sayang betul nak habiskan rm10 untuk Kelly kitorang ni beli kalkulator financial management boleh pulak sampai sertus tiga puluh hengget.Dipendekkan cerita, supir saya pun bawak laa pegi snow wash yang murah abad ini iaitu depan Kenny Rogers Danau sebelah petrol pump axonmobile eh? apetah. Hanya dari empat ringgit sahaja (tolong promote) kalau nak saving boleh laa lagipun tak sampai 5minit pun time gap class yang 10minit pun boleh pegi haha.









eeeee hodohnyeee azean,macam shinchan!


rasa macam main salji pulekkkk hmm




style kan gambar ni?sape cakap tak style maksudnye muka dia tak cun.


Okay setelah 5minit kemudian,kami pun balik la ke asrama memandangkan waktu tidur petang semakin suntuk muahaha dan aku tengok cehhh tak bersih manaaa punnn bahagian depan bumper bawah selut dan lumpur bukan kuala masih kelihatan bak balik rm4 tuuuuuu boleh beli 8biji donut sinchan dekat cafe dah haihhh dan supir saya(saya?) touching serta merta haha.


Ni la supir saya, sentiasa menjadi supir,saya jadi mem besar duduk belakang fuhh indahnya hidupp :)



Jadi sebagai penutup,ingin disampaikan bahawa jika kereta anda kotor dan anda tiada duit kerana terlalu kedekut pegila ke snow wash yang rm4 tuuuu (nak lokasi tepat sila call kompem tak layan haha) lagipun kat situ semua pekerja lelaki boleh cuci mata. Eh dah pukul 12.15? Azam sem ni nak tidur pukul 23:23 setiap malam kerana mata yang cantik lahir daripada pengurusan tidur yang awal oleh yang demikian selamat malam.

Tiada ulasan: