21/11/11

Tak relevan.

Midterm is over bebeyh.*winkwink* tapi assignments are coming urghh.

Midterm unggas tadi punye haha pun boleh ambik gambar sebelum submit.

Tajuk harini adalah tak relevan.

Apa perasan kau sekarang ni pukul 11pm esok pukul 10am ada paper yang kau tak study lagi lepas tu kawan-kawan kau merengek nak crushiers KFC yang ada drivethru je sebab malas keluar,satu-satunya ada dekat WM yang memerlukan kau pecut 111km/h sebab pagar unibersiti tutup tepat 12am nanti tak sempat pulak,jalan pulak berlubang lepas tu sampai je dekat counter drivethru budak lepas SPM si pengambil order tu cakap
 " Maaf la kak, crushiers takleh pesan, mesin rosak."

Kau rasa nak senyum lagi ke?

Okay tu contoh, contoh.

Kawan-kawan saya (saya?) semua tak relevan. Contohnya minggu depan kami semua plan nak pegi bercuti di Pangkor. Saya berani kerat rambut laaa memang takkan jadi. Kalau saya ada terupdate belog pasal "Trip di Pangkor bersama bffs sampai mati oyeahh" maknanya rambut saya pada ketika itu sudah pendek.Kahkah.

Tambahan,selepas tengok belog Fatin Liyana pegi Singapore,habis sem ni mereka nak pegi Singapore pulak kata mereka "bffs trip before kawen". Lagi tak relevan ni saya berani kerat jari la.Kalau saya tak update belog dah lepasni tu maknanya saya dah betul-betul kerat jari muahaha.

Konklusinya, susah kalau kau berkawan dengan orang yang bak kata pepatah "mengukur baju di lembu sendiri" HAHA.


Tapi bila saya cakap semalam saya jog pusing satu Uia sorang-sorang pukul 5.30am pandai pulak mereka kata saya yang tak relevan. Kenapa tak relevan pulak semua orang kan boleh berubah  :)

Okayla banyak pulak membebel.Tidur siang lagi baik <3

Okay off to class Intermediate Accounting, siap siaga tisu nak lap air mata sebab bakal dapat result midterm.

Tiada ulasan: