Selamat tahun baru semua.
Kelmarin macam biasa pegi halaqah dari pukul 12 sampai 3. Kali ni paling lama sebab kitorang kena tasmik quran, hadith and doa.Balik tu terus solat pastu cari makanan lapawww gileww you.Tapi bukan nak cerita pasal tu.
Nak share sikit pasal kebaikan pegi halaqoh LOL bajet ustazah pulak tapi takpe lah mulakan tahun baru ni dengan benda yang memberi pahala.Umur pun nak masuk 21 dah ni haruslah matang dan jadi lagi baik.Ye dak adik-adik?
Bila dok pikiq balek banyak jugak faedah ada halaqoh ni. First sekali nak tak nak kena jugak hafaz quran. Surah furqan surah mukminun hadith 40 doa yang pelik tak penah tahu semua kena hafal.Kan bagus.Kalo tak, takdenye senang-senang nak hafal ni.Formula accounting pun tak terhafal.
Lepas tu rasa tenang.Yes rasa best walaupun pakai jubah baju kurung pada pukul 12 yang paneh teriq berstoking, pegang quran and mathurat duduk dalam satu tempat ramai-ramai pastu ada tazkirah.Nak highlight sini tang stoking. Yes sarung kaki aka socks or whateber.
Kalo dok pikiq balek, tang hari ada halaqoh ni je nak pakai socks.Kalao kelas pagi pakai la sebab pakai kasut.Petang pakai slipper je memang tak la nak pakai socks.Hari laen?Jangan arap la weh pakai socks leceh la tu la ni la.
Biasanya aku selalu berazam nak pakai socks secara berterusan ataupun istiqomah tapi ended up tak pun.Sedih rase,iman tak kuat ;'( .Biasa bila bulan puasa mesti cakap nak pakai socks la kaki kan aurat jugak sebenarnya pastu bila hari raya memang aku pakai socks weh pegi raya umah orang pastu rasa diri baik dan matang giler (?) lepas tu habes raya,keadaan back to normal. Tahu takkk susahnyaaaaaaa nak istiqomah.
Ayah selalu pesan jagala aurat tu terutama kaki. Tang tudung tu ce labuhkan sikit.Tang pakaian tu ce try banyakkan pakai baju kurung dari jeans and dress.Tang solat tu, ce awalkan sikit terutama subuh jangan nak tunggu 6.45 sangat la baru nak bangun. Tang ngaji ayah tak komplen pulak huahua.
Aku akan cuba la ubah sikit-sikit sebab aku sayang kot ayah tehee. Yela ayah kan tukang tanggung dosa kite before kawen. Nanti dah kawen kena ikut cakap laki pulak. Ayah orang yang paling aku sayang sebab everything yang aku request, dia akan tunaikan jugak walau celah-celah mana pun.Memang tak penah lagi setakat 20 tahun ni,aku tak dapat apa yang aku nak. So why not aku dengar cakap dia sekali ni? Insyaallah ler :)
Salam maal hijrah.
Berubah la demi sebuah kebaikan.
Kalau bergaduh tu cepat-cepat la berbaik *ehem*
Dengan ini saya Ulepa IC no 91032511dotdotdotdot nak mintak maaf dekat semua kalau-kalau ada terbuat dosa maafla saya pun manusia jugak,tak sempurna dahla mulut jahat cakap maen redah tapi hati saya tak bucuk so mintak maaf eh semua ;')
Tiada ulasan:
Catat Ulasan