15/07/11

Kelukaan hati dan kerja :)

Assalamualaikum. Harini hari Jumaat, penghulu segala hari dan sekarang pukul 5.45 pagi.Alhamdulilah, jarang aku bangun awal macam ni  =)



Kalau bercakap pasal kelukaan hati, ia bukan setakat sesedih ayat tumblr yang banyak kita reblog tu.Ia bukan macam sebab diri dicela atau dimaki orang ramai di tempat awam.Bukan sebab rasa sakit hati dilempang bila kita buat sesuatu yang salah dalam hidup.Bukan sebab terasa peritnya bekasan tampar oleh orang yang membenci.

Tapi sebab bila semua itu atau penyebab terbit rasa luka itu adalah datangnya dari orang yang kita sayang.Sakit kan? =) Walaupun bukan kata-kata nista yang dicurahkan, tapi sakitnya bagai belati menikam tajam. 


Kadang-kadang makin banyak kita nak menjaga dan makin kuat semangat kita untuk tidak berputus asa, makin kuat kelukaan yang dicipta oleh pihak yang lagi satu.Makin banyak ujian-ujian bodoh terpaksa dilalui.Salah seorang mesti mengalah, biasanya yang mengalah adalah seorang yang selalu tak mendengar kata, degil dan suka memberontak macam aku ,pelik kan :)

Astagfirullah hal azim banyakkan sabarku Ya Allah  :)



Okay takleh tulis panjang-panjang nanti ke laut.


That's why la aku sanggup cari kerja untuk 6 minggu cuti sem yang tinggal ni.Kerja yang sangat senang tapi I guess penat giler.Kerja yang tak banyak pun upah tapi boleh buat pinggang nak patah.Kerja yang dari 5petang sampai 12 tgh malam. Kerja yang takde off day,setiap hari bekerja.Kerja yang sangat busy sehingga malam raya.Dan kerja yang memerlukan pemanduan kereta selama 20minit.Kau bayangkan setiap hari drive balik pukul 12 malam penat-penat pastu lalu kawasan yang sunyi sepi macam dalam cerita seram sorang-sorang. Sanggup? =)

Ada sape-sape sanggup tak? Aku rasa orang yang desperate nak kumpul duit je boleh bertahan.Dan matlamat utama aku yang sebenar bukan sebab duit gaji.Ia lebih kepada proses menyibukkan diri dan merawat hati huahuhauhau.Kalau tak boleh je aku apply kerja yang ringan sikit contohnya kerani akaun ke kerja main laptop je gaji pun masyuk tapi aku bukan nak semua tu :)

Harini first day aku masuk kerja,doakan aku tahan. Aku rasa aku tahan je semua perkara kecuali disakithatikan hoho okay stop.Ayah cakap aku dalam 4-5 hari tak kan tahan akan resign okay fineee kita tengok dulu okay.Mak je yang banyak sokong aku start dari interview lagi huhu.


So, mulai sekarang sehingga malam raya, aku ada  47 hari untuk bekerja. Wowww.Semoga aku tahan dan tak cepat resign.Hohoho.


Lupa nak cakap, kerja aku adalah membuat sate di sebuah restoran sate dan makanan barat.Nak tempah sate yang dibuat oleh aku? PM me asap ! :D 



P/S; nampak impak hati dan perasaan terhadap tubuh badan ? Hohoho


2 ulasan:

vampire's lovex berkata...

bagus lah kau..hilang kan rasa sakit hati dengan kja2 berfaedah...chaiyokk !!


semoga bertahan..buktikan kat ayah kau hehe ^^

jeeha ulfa berkata...

thanks dear ;)