25/06/11

Discuss; Kenapa lelaki lebih utamakan kawan dari awek?

Assalamualaikum study week yang bosan dan tak best dan urghhh.

Well, tadi duk makan tengahari aku terpikir nak buat entry ni.Yela daripada bosan nak baca buku yang memerlukan tahap penghafalan yang tinggi.Berat betul aku rasa.Berat. Berat. lagi 5 hari ni nak masuk exam hall.

Okay back to topic, korang rasa betul tak lelaki lebih pentingkan kawan-kawan laki dia berbanding dia punya perempuan?Kalau betul kenapa?

Aku malas nak keluarkan idea sendiri sebab takut termaki lebih-lebih kan ada yang tacing :) Jadi aku cari je sape-sape yang pernah wat entry pasal ni.Senang, cepat sikit publish.Cepat sikit tidur siang.

  • Kenal kawan lagi lama dari kenal awek  *ehem*
Ada lelaki claims yang diorang kenal kawan dari kecik lagi.Sejak khatam quran masa 5-6 tahun pastu masuk sekolah rendah sama sampaila menengah.Hidup 24/7 bersama-sama dekat asrama, buat benda dajal sama-sama merokok celah locker sama-sama mana boleh lupa beb? Awek lain la kenal pun masa dah high bukan masa hingusan dulu kala senja.That's why la diorang lagi sayang kawan dari awek.Kawan baik susah nak cari,awek comel berlambak kat mana-mana pun ada.Tapi nanti first night nak cari siapa?Perempuan jugak kan? :) Ciss.

  • Rokok
Ada jugak lelaki ni cakap kalau dengan member bebas, senang, sukati mak bapak nak buat apa terutamanya kalau bab rokok.Yela depan awek mana leh smoke silap-silap awek sendiri tersmoke sekali tak pun malas nak dengar bebelan si awek comel yang kata macam" Eh youu nak mati cepat ke janganla mati dulu kalau tak I kawen lain nanti" So baik lepak dengan kawan sebab kawan la yang paling memahami hati dan sanubari lelaki.Kawan la segala-galanya.Berkhatan dulu pun sama-sama.Nangis lepas khatan dulu pun sama-sama.Auwww sweet gila.Tapi kalau masuk hosp sebab kanser paru-paru, siapa yang nak datang jaga sambil bawak bubur homemade sekali dengan bunga kekwa warna kuning,nak kasi sembuh punya pasal.Perempuan kan? :)

  • Bola
Kalau nak tengok bola harusla lepak kedai mamak 2-3 pagi dengan kawan yang minat pasukan yang sama baru la lelaki beb.Lepak rumah sambil texting awek mana cool.Aura romantik mana boleh campur sambil jerit goal macam orang gila heh.Perempuan mana la tahu sangat pasal bola kalau tahu pun sebab hensem macam David Villa.Offside pun tak reti nak beza dengan penalti heh dasar perempuan.Tapi lepas tengok bola balik rumah 3 pagi nak kol sape? Perempuan jugak kan? :) Tapi padan muka tak layan sebab awek kau tu dah tidur awal-awal HAHA.

  • Awek kuat mengongkong.
Ohhh begitu.Dulu sebelum dapat tiap malam kol tiap waktu sembahyang yang 5 tu nak text suruh solat *ehem* setiap hari mms setiap hari cakap rindu bila dah dapat jadi chipsmore yang takde extra nut 20% tu.Busy memanjang cari duit tuk kawen katanya.Busy dan takde masa katanya.Dulu tuuu boleh pulak nak menyentel dekat inbox 24/7 .Lepas tu bila awek nak geli-geli sikit suruh kol 5 minit je pun, cakap ada hal dengan kawan la, nak pegi baiki moto kawan la blablablabla. Grrr. *Eh macam tak puas hati je?Hihi*


Okay sebenarnya dua-dua penting.Tapi harusla seimbang dan bagi layanan yang sama rata supaya takde yang makan hati limpa waima hempedu.Tapi tu la jarang la nak jumpa lelaki yang betul-betul boleh bagi layanan sama rata ni dekat kawan and awek dia.Salah satu mesti kasi lebih terutamanya kawan.Sebab?Well, point atas ni pun dah cukup nak explain.Kalau terlebih sangat pulak,salah satu mesti hilang.Betul tak?Tu yang muncul nama panggilan Mr Chipsmore tu hehe.



p/s; Tapi bagi aku laaa,kalau dua benda ni pun tak pandai nak seimbangkan, jangan harap la kau nak kawen lagi satu ke dua ke tiga ke sebab sah-sah tak boleh nak bagi layanan sama rata kan? Nak tambah lagi ada hati pulek kehkeh pegi mati la okay lelaki sekalian? :")



Biar sama rata,baru hidup bahagia.
Awek tak emosi, kawan-kawan tak baling kerusi.

Peace no war bebeh~


Okay bye nak pegi tido siang zzzzz  & <3

2 ulasan:

.amy. berkata...

ahahaha macam tak puas hati je kak ? meh citer mehh . lai lai :)

Kartika Azmi berkata...

HAHAHAHAHA

eh aku pun kne mcm ni gok.