master room.
villa rosemarry.
28 hb okt 10.
8;18 am.
Assalamualaikum dan selamat pagi untuk anak-anak ibu yang comel dan comot je dari dulu hingga sekarang.
Sebenarnya ibu bukannya jenis suka tulis panjang-panjang dan makan dalam-dalam.Semua pun tahu kan ibu suka marah depan-depan bleber pedas-pedas kalau ada yang tak kena dengan tingkahlaku korang.Biasalah ibu tetap ibu,yang marah anak-anaknya bila mereka buat satu kesilapan.Marah membina.Untuk ke arah kebaikan korang jugak kan.Untuk masa depan korang pulak kan.
Oleh kerana sekarang korang tengah berjuang dengan peperiksaan akhir tahun (tanpa study satu habuk pun) jadi biarlah keyboard ni jadi tempat ibu tempiaskan apa yang ibu nak.Ibu bukan nak marah,cuma nak nasihat je,dalam erti kata lain bleber.
Anak-anak yang dikasihi sekian,
Walaupun ibu ni cuma ibu tiri atau angkat atau apapun pandangan anak-anak,ibu tetap ibu.Yang menjalankan tanggungjawab dengan penuh amanah.Yang melindungi anak-anak dari marabahaya luar dengan penuh teliti.Yang menjaga anak-anak dengan penuh kasih sayang.Sampai diri sendiri tak terlindung,tak terjaga.Tapi takpelah ibu tak kesah.
Ni,ibu nak cerita sedikit tentang rutin apa yang ibu buat sehari-hari untuk dua purnama ini.Ibu bukan nak mengeluh jauh sekali nak marah tapi entahla bukan dengan coretan sebegini beban ibu menjadi ringan sedikit walaupun tak sampai 500gram.Benda ni lah yang ibu buat hari-hari sampai kawan-kawan ibu pelik kenapa ibu jarang online nak ajak minum kat warung pun susah apatah lagi nak bergosip dengan kawan-kawan di McDonalds.Haih.
Nurin Aqid Amin |
6:00 pagi : Ibu bangun jugak walaupun mata berat selepas buat kerja banyak semalam.Lepas tu semestinya mandi pagi sejuk-sejuk macam masa ibu sekolah dulu.Time mandi ibu tersenyum teringat zaman sekolah dulu-dulu.Kemudian,solat subuh.Bagus jugak ibu jadi 'ibu' sekarang,makin awal solat ibu.Alhamdulilah berkat jaga anak-anak solat ibu makin terjaga.
6:30 pagi : Ibu kejut Amin.Ibu kejut dengan penuh kasih sayang dengan penuh kelembutanTapi Amin degil.Menangis-nangis sambil tutup muka,tanda protes taknak bangun pegi sekolah.Tapi ibu kuatkan jugak semangat kejut Amin sampai bangun.Kalau tak pegi sekolah nak jadi apa besar nanti.Lembu zaman sekarang pun dah sekolah.Amin,ibu dukung bawak masuk bilik air lalu memandikan.Ibu mandi dengan penuh kasih sayang.Ibu beruskan gigi sampai putih.Kemudian ibu siapkan baju seluar stoking.Nasib baik Amin pandai pakai sendiri.
6:45 pagi : Ibu panjat tangga,kejut Aqid pulak.Tapi macam biasa Aqid memang degil lagi 7 kali ganda degil daripada Amin.Tarik selimut tutup kepala.Tak cukup dengan tu ambik bantal tutup telinga.Pergh sampai pukul 7 pun tak bangun lagi.Akhirnya ibu turun tangga nak masuk dapur pulak,sukahati la nak bangun ke tak.Ibu penat dah.
Di dapur,ibu bancuh susu dengan koko krunch untuk Amin.Untuk Aqid belum tanya lagi nak makan ke tak.Kadang-kadang Amin mintak telur masak separuh dengan Milo.Tak cukup dengan dua orang,Khaiyra si penyibuk tu bangun dah,nak jugak kokokrunch.Dia tarik kotak kokokrunch sampai semua tumpah atas lantai susu pun sama habis tumpah tak ada setitik.Tapi ibu tak boleh marah.Nanti lambat kalian nak pegi sekolah.Takpe la balik dari hantar kalian,pandai-pandai la ibu bersihkan.
7:10 pagi: Ibu hantar Amin & Aqid. Bagi duit belanja dua ringgit seorang dan pesan tunggu tempat biasa pukul 1:15 nanti.Amin dan Aqid salam ibu.Ibu rasa bahagia.Kemudian ibu hantar pulak Khaiyra dan nenek balik rumah diorang.Diorang tidur rumah kita sebab ye la takut apa-apa jadi.Ibu tak kuat.Lagipun kat rumah kita tak ramai jiran,adapun bukan diorang nak ambik tahu pasal kita.Khaiyra macam biasa memeningkan kepala suka buka pintu kereta masa tengah jalan haih kalau accident siapa nak tanggung.Suka buka tingkap suka ketuk kepala ibu masa tengah memandu.Ibu takleh buat apa-apa cuma genggam je gearbox dengan penuh geram.
7:30 pagi : Ibu bergegas ke pasar borong.Cari sikit daging atau sotong atau ayam untuk masak tengahari nanti.Balik sekolah mesti lapar kan.Kat pasar tu semua makcik pakcik je ada bila ibu nak beli daging diorang tengok pelik.Bak kata semua orang tua-tua la kat situ.Ibu beli jugak kuih untuk Nurin dan suratkhabar,nak tengok berita kat tv takde masa.Kemudian ibu balik cepat-cepat bawak 140km/h.Hehe lepas jugak tension.
8:00 pagi.: Sampai rumah ibu tak sempat buka selipar pun ibu tengok kawasan garaj ada pasir-pasir.Ambik penyapu sapu-sapu sikit.Mop lantai depan basah dek hujan semalam.Kemudian tutup pagar.Masuk tengok Nurin tidur lagi.Letak kuih dan suratkhabar atas meja masuk dapur.Bersihkan apa yang tumpah tadi.Ada semut hurung.Cepat-cepat bersihkan.Jenguk sinki ada banyak pinggan tak basuh dan juga cawan.Basuh dulu sambil sapu lantai sampai bersih.Kemudian ibu siang lauk yang beli dekat pasar tadi.Macam harini ibu potong daging.Nanti nak masak blackpepper.Amin suka sangat sampai tambah nasi dua kali.
9:00 pagi : Lepas makan pagi sikit, ibu basuh baju yang bertimbun dalam bakul.Baju sekolah mesti asing dengan baju lain.Masuk sabun.Bilasan yang terakhir ibu letak softlan supaya baju anak-anak ibu wangi.Kemudian jemur kat ampaian.Baju yang dah kering ibu lipat dan simpan dalam almari masing-masing.Kemudian simpan tempat tidur anak-anak.Nurin dah bangun mintak susu sebotol.Alahai Nurin.
10:00 pagi: Harini kebetulan banyak kerja nak buat.Kena pegi Maybank uruskan pasal kad dan insurans haritu.Kemudian withdrawl duit sikit untuk buat duit belanja harian.Nak bayar bil telefon,internet,elektrik dan air.Cari parking satu hal.Haih.Susah-susah bayar drive thru je la.
11:30 pagi : Sampai rumah fuhh letih gila kemudian petik limau nipis buat basuh daging.Petua mak supaya daging tak berbau.Emm nak masak blackpepper daging kan.Ibu sediakan bahan-bahan dan masak.Kemudian bersihkan dapur sampai berkilat.Basuh beras dan masak.Nasib baik zaman sekarang tak guna kayu api.Kalau tak mahu jenuhnya ibu kena belah kayu api setiap hari.Huhu.
1:00 petang : Okay lauk nasi semua dah masak.Selepas mandikan Nurin,siap-siap nak ambik Amin dan Aqid pulak.Sampai rumah semua lempar kasut beg stoking merata-rata.Baju sekolah pun entah campak mana.Nurin pulak buat sepah mainan yang tiga bakul tu.Haih pening ibu.Siapkan makan tengahari.Rasa hilang semua lelah bila anak-anak makan sampai licin pinggan.Lepas tu Amin naik atas,nak amin pes.Tulah rutin hari-hari bukannya nak buat homework.Aqid pulak lesap dengan basikal konon nak pegi latihan bola.
2:00 petang : Ibu start vakum ruang tamu dan ruang dapur.Susun balik sofa yang tunggang-langgang.Simpan mainan Nurin.Nurin tengah minum susu sambil tengok cerita Wonderpet.Kemudian tiba-tiba mintak seringgit nak beli keropok lekor yang orang jual disebelah rumah katanya.Lepas siap bersih rumah kadang-kadang ibu terlelap sebab letih sangat.Kadang-kadang ibu lipat kain yang dah kering.Kadang-kadang basuh baju sekolah yang pakai tadi.Ibu tak suka ada baju kotor banyak-banyak.
5:00 petang: Ibu sapu daun-daun kering belakang rumah.Kawasan rumah sangat luas jadi ambik masa sekurang-kurangnya satu jam untuk sapu semua.Kemudian siram semua pokok bunga.Sapu lantai garaj lagi.Dan start kereta Neo,panaskan enjin sebab jarang guna.Kemudian layan Amin dan Nurin lagi sorang nak susu sorang nak milo.Kadang-kadang ada tamu datang.Ibu jerang air nak buat teh dan goreng donut segera yang ada dalam peti ais.
7:00 malam: Ibu suruh semua mandi.Semua main air sampai melimpah-limpah keluar sabar je la.Lepas tu semua mintak nasi lauk telur dengan kicap.Bukan sebab takde lauk lain,tapi makan telur adalah perkara wajib untuk korang.Seminggu boleh habis satu sarang yang besar tuh.Kemudian Ibu mandi cuci bilik air sekali sampai bersih,sampai tak licin.Lepas tu solat dan makan nasi lauk daging blackpepper yang lebih tengahari tadi.Kadang-kadang kalau nasi lebih banyak,ibu goreng taruk ayam dan telur mata sebutir sorang.
8;00 malam : Ambik nenek dan semestinya pengikut tegar,Khaiyra dekat rumah dia.Sampai-sampai kena tunggu diorang siap dulu yang mungkin ambik masa setengah jam.Ibu penat tapi jarang ada orang nak faham.Rasa nak pegi pantai dan menangis puas-puas tapi tulaa ibu tak punya banyak masa.Semua masa terkorban untuk korang.Ibu tak ada masa untuk diri sendiri.
9:30 malam : Sampai rumah.See? Satu jam setengah baru sampai rumah,walaupun jarak sebenar cuma 10 minit.Ibu rasa banyak masa dibazirkan baik guna untuk rehat.Sakit rasanya hati dahla penat-penat.Tapi ibu tak penah memasamkan muka.Ibu park kereta dan kunci gate sambil baca doa untuk elakkan rumah dimasuki pencuri.Kemudian pasang lampu gate kunci pintu ketat-ketat dan paksa Nurin dan Amin masuk tidur.Sudahnya,nenek dan Khaiyra juga masuk tidur setelah Khaiyra sepahkan balik ruang tamu yang ibu dah kemas penat-penat siang tadi.
10:30 malam: Setelah pastikan semua tidur ibu keluar balik senyap-senyap pegi bilik sebelah.Iron baju sekolah untuk besok sebab stok baju sekolah yan dah bergosok dah habis.Lepas tu barula masuk bilik kemas bilik dan ibu fikir nak buka laptop ke nak terus tidur.Penat gila neh tapi ibu pun rindu kawan-kawan ibu dekat facebook hihi.Online sampai mengantuk kemudian nak tidur.
11:30 malam: Tiba-tiba Nurin terjaga nak susu pegi dapur balik buat susu.Lepas tu baca doa tidur dan baring.Perghh rasa nak patah tulang belakang seharian baru boleh baring.Kemudian teringat jadual waktu Amin belum salin.Salin jadual,letak air masak satu botol beserta duit belanja dua ringgit.Kemudian buka buku jurnal belanja catat apa yang patut sebelah debit,kredit.Rasanya patut berjimat lagila.Baru dua minggu dah habis dekat 900 tolak duit petrol dan bil lain.Fikir-fikir kemudian tertidur.
Anak-anak ibu sayang,
Ibu tak mintak apa-apa pun dari kalian cuma tolong la behave elok sikit.Jangan buat sepah rumah,homework jangan sampai ibu tegur baru nak bukak zip beg.Tidur mesti awal supaya senang ibu nak kejut besok dan belajar la rajin-rajin sampai berjaya besar nanti.Hidup baik-baik dan jangan sesekali menyusahkan orang lain.Barulah kita boleh berbangga dengan diri kita.Perintah Allah yang wajib mesti kita tunaikan barulah hidup aman damai.
Oleh itu ibu nak ucapkan Selamat Hari Kanak-Kanak Sedunia.
Ibu sayang anak-anak ibu semua.
p/s: thanks sebab berat badan ibu dah turun 3 kg walaupun tak kurus lagi sebab penat layan kalian :D
p/s: thanks sebab berat badan ibu dah turun 3 kg walaupun tak kurus lagi sebab penat layan kalian :D
Ibu Ulfa.
Tiri tapi baik.
Tiri tapi baik.
6 ulasan:
sedih plok aku baca entry ne. huhu. bagus guh mu jaga adik2 mu deh. tahniah aku ucapkan sbb jadi ibu tiri yg baik n bertamggungjawab. good job ulfa! :D
awwww sweet la ibu ni.
ibu,nk nenen!
hihhihihihhi
ibu mithali sungguh ni jihah. bgus2. be strong, ni berlatih ni..bsar2 da kawin nnt. hehe
heee tenggs sumer :D -ulfa
daging blackpepper tu nmpk sedap la..
yummy
haha nak ke?ak boleh tlg ajr :P
Catat Ulasan