Kereta Mitsubishi Lavender warna merah milik suamiku menyusur
laju di federal highway.Aku renung jam di dashboard.8:55 malam.
Lima minit lagi reunion rakan-rakan seuniversiti aku akan berlangsung.Debaran di hati usah dicakap la.Terbayang satu-persatu wajah rakan sekuliah.Fatin,Nurul,Benji,Umar dan Fiq.Aku menundukkan kepala sambil melepaskan keluhan kecil.Lama aku berkeadaan begitu.Sedar tak sedar bila enjin kereta mati dan dipangkir di tempat letak kereta Hotel Nikko."Jum sayang.." Iskandar merangkap suami aku menyapa.Aku sekadar mengangguk dan melemparkan senyuman nipis.
Hiasan lampu warna oren sangat memukau mata.Ditambah pula berkonsepkan alam semulajadi dan bunyi deruan air terjun buatan menyejukkan mata.Tampak gah dan hebat sekali.Aku memuji siapa yang menguruskan reunion kali ini.Aku memerhati sekeliling.Sebenarnya aku takut untuk berhadapan hari ni.Sebelum ini pun aku sengaja tidak pergi ke majlis perjumpaan sebegini.Kali ini barulah kekuatan itu muncul.Itupun setelah dinasihat oleh Iskandar.Aku memandang Iskandar.Meminta kekuatan.Dia menggenggam erat jari-jemariku,seolah-olah mengerti apa yang aku cuba sampaikan.
"Kay!.."satu suara asing memanggil namaku.Aku lantas berpaling mencari punca suara itu.
"Hoi datang jugak kau ye,ingatkan nak tunggu beranak enam baru nak muncul,hehe.Kau apa khabar?Aku rindu sangat dengan kau lama tak jumpa."Oh Nurul rupanya.Lama aku tak melihat dia.Dia kelihatan anggun sekali.Gayanya juga bukan sekadar conteng-conteng.Sangat bergaya.Aku kira itu sepadanla dengan statusnya kini.Datin Nurul Nabiqah.
"Weyyy terkejut beruk aku.Ingatkan siapa tadi.Aku pun rindu kauuuuu sangatttt."Lantas aku memeluknya tanpa mempedulikan apa-apa.Sebentar kemudian aku meleraikan.Terasa sangat gembira bila bertemu kembali dengan orang yang ada di zaman kenangan kita."Oh ini aku perkenalkan my hubby, Iskandar.Well kau pasti cam kan muka dia masa aku emailkan gambar wedding kami haritu?Hee.""Oh of course la takkan aku lupa.Korang sama cantik sama padan.Nice to meet you Iskandar!" Suamiku sekadar tersenyum dan mengangguk tanda hormat."Well jum la ke dalam majlis tengah bermula".Dan kami pun menuruti langkah Nurul.
Dan aku kira walaupun di majlis sebesar dan semewah ini tak ramai yang hadir.Maklumla masing-masing sibuk dengan tugasan masing-masing.Sebahagian masih berada di luar negara.Sayang sungguh tak dapat berjumpa semua sekali.Aku lantas mengambil tempat di meja bulat yang di hiasi alas meja warna cream beropol-ropol.Dan aku cuba memerhatikan manusia yang ada.Tiba-tiba pandangan aku dengannya bertaut.Serta-merta debaran didadaku bergetar lagi.Aku cepat-cepat mengalihkan pandangan supaya tiada yang menyedari.
Hidangan yang cukup meyelerakan di hotel 5 bintang itu masih tidak dapat menambat seleraku.Iskandar bertanyakan apakah aku sakit dan aku mengeleng-ngelengkan kepala.Aku cuba mengingati semula semua yang hadir malam ini.Semua kawan baikku hadir kecuali Fatin.Dia menetap di UK dan bekerja di sana setelah menghabiskan masternya dalam bidang perubatan.Alahai agaknya bilalah boleh berjumpa dengan doktor yang satu itu.Yang lain-lain masih sama.Umar datang dengan isteri dan anak kembar mereka,Emir dan Emilin.Comel sungguh telatah kembar itu.Dan isteri Umar juga cantik persis model antarabangsa.Tapi menutup litup semua aurat dan penuh kesopanan dan kesusilaan.Aku terbayang perwatakan Umar dulu di universiti.Sering ponteng kelas,memakai rantai dileher,asyik dengan skateboard dan jamming dan gaya rambut bertukar setiap minggu.Alih-alih dapat isteri solehahyang pandai menjaga suami.Nasib kau Umar beruntung sungguh di usia 28 tahun sebegini.
Jam menunjukkan pukul 11:15 malam.Ramai yang sudah meminta diri.Kami bertukar-tukar contact number.Yela sebelum ni semua lost contact.Cuma Nurul dan beberapa rakan yang lain rajin menggiat dan menguruskan semuanya.Nak harapkan aku?hmm malas aku layan.Layan suami lagi baik.Hehe.Aku pun tak terkecuali meminta diri.Yang pasti akan datang akan ada lagi pertemuan sebegini setelah disiasat kesemua kami menetap di ibu kota.Senang jika mahu mengadakan sesuatu,pasti semua boleh datang.
Aku menunggu di lobi hotel sementara Iskandar mengambil kereta.Aku menguap beberapa kali.Ah tak apa.Besok hujung minggu boleh tidur puas-puas.Aku bermonolog sendirian sambil tersenyum.
"Hai Kay... or shall I say Assalamualaikum?" suara yang aku lupakan sejak lapan tahun lalu berkata sambil memerhatikan aku yang kini sudah bertudung."You..you tak berubah.Masih cantik seperti dulu".Pujinya.Ikhlas ke tak aku tak tahu.Yang pasti aku meluat.Kenapa kenangan lalu menjelma lagi?Grrr.
"You nak apa?I rasa kita tak ada apa-apa dah untuk dibincangkan lagi Fiq!"bentakku.Marah.Kesal dengan situasi.Eh mana Iskandar ni lama pula pergi ambil kereta.Atau pergi buat kereta.Tempias amarahku itu terpercik jua pada suamiku sorang itu.
"You masih marahkan I ?" Lembut saja suaranya menyapa telinga.Ahh cair seketika.Eh tak boleh tak boleh mana pergi maruah kau Kamilia Atikah?
Aku senyum sinis seraya berkata,"Kenapa I perlu marah you?Apa yang you dah buat?Hm?"Dalam keadaan begitu aku sempat lagi memerhatikannya.Rambutnya pendek dan kemas.Tak lagi panjang seperti dulu.Tak lagi juga memakai gelang-gelang metalnya dulu.Sangat berbeza dari dulu.
Dia senyum."You tak pernah nak berubah Kay.Pandai berpura-pura cool.Tapi hati you tak kan?"Dia berniat nak bergurau.Tapi dia tak tahu sakit hatiku mendengar kata-katanya tu.Menghiris kalbu.
"Ahh ,at least I tak pernah nak berubah macam you!"jerit aku macam halilintar.
"Kay, you bahagia?".Aku benar-benar muak dengan lelaki ini.Sumpah!
Serentak itu juga aku nampak kereta Mitsubishi Lavendar merah betul-betul depan entrance.Aku mencapai tas tangan Guess warna metalik dan cepat-cepat mahu beredar segera dari situ.Tapi aku tersalah langkah akibat terlalu gopoh.Dan dia memaut lengan aku dari terjatuh.Mata kami bertaup lagi, buat kali kedua.Aku terpana seketika.Dan dia cepat-cepat melepaskan aku.Astagfirullah.Aku tak patut berkeadaan begini lebih-lebih lagi dengan statusku sebagai isteri.
Aku mahu meneruskan langkah,meninggalkan segala yang berlaku sekejap tadi bila dengar dia bersuara separuh menjerit,"You tak bahagia kan? You dengan Iskandar kahwin pun sebab family you and dia buat arrangement kan? Isn't true?"
Bulat mata aku membuntang.Oh Tuhan.Mana dia tahu semua ni?Dia stalk hidup aku ke selama 8 tahun ni? Kaki aku melangkah ke luar lobi.Sederas yang mungkin.Dan kali ini dia tidak menghalang.
Fiqri Benjamin.Nama itu meniti dibibirku.Dan kenangan lalu berputar.
najeehah ulfa form 3 datang lagi.setelah 4 tahun.
kehkehkeh gini la kalau keseorangan.
idea macam koko mencurah ke dalam gandum :0
idea macam koko mencurah ke dalam gandum :0
5 ulasan:
sy kurang faham post ne. haha
Oh my dear Kamilia Najwa, pujuk Zainal Arief. <3
hahaha takleh nak benjamin lagi? hahahha f weyyyyyyyyyyyyyyy kau memang sayang sama dia kan
OMGuess syuhada! :DDD that's the best-novel-ever !
ahahaha romantis nya cerita anda
Catat Ulasan