holla baskinrobbins. (sambil menelan air liur)
sekarang pukul 6:58 lagi 27 minit nak berbuka puasa.
walaupun hari ni satu ramadhan yang penuh keberkatan,
aku tetap tak suka sebab tadi kuiz maths susah nak mati.
aku rasa dapat markah 3 je kot out of 20 :')
satu lagi,tadi jalan-jalan kat bazar depan uia yang
baru dibuka buat julung kalinya,
keputusannya ceh hampeh &^%$@*.sumpah -8 bintang out of 20.
langsung tiada apa yang menarik dan menjolok biji mata.
dan hsosej perisa apa entah
yang aku beli tadi sangat murah.
dua hengget satu.
walang sungguh hari ni.
tiba-tiba terbayang rumah,keluarga dan bazar di terengganu yang jarang mengecewakan.
sumpah aku bermain dengan perasaan sendiri once aku dah buat keputusan
takkan balik selagi belum tiba tarikh 5 september.
yakinkah aku untuk bertahan di sini? keseorangan tambahan, mungkin :')
waktu berbuka puasa di nilai lewat 2 minit daripada waktu berbuka puasa di negeri penyu.:')
satu lagi,tahun ni macam kureng aura ramadhan sikit berbanding tahun lepas. mungkin sebab baru satu hari kot.ish aku cepat sangat buat spekulasi.
okayla,nak buat halaqah dan buka puasa ramai-ramai dengan orang yang membosankan,atiey kartika azean haha maaf.
jaffnie sue aimi : selamat berbuka puasa kat tempat masingmasing.jangan makan banyak sangat.malas text tak ada kredit :D
ps:bulan puasa tak boleh marah marah,sebab tu aku ganti segala kecarutan dan makian dengan simbol ini -------->>>>> :'). moga-moga bertambahla pahala.
2 ulasan:
hoiiiii! mu ckp ktorang membosankan. gni r saim. ;pp
haha gurau aje sih :D
Catat Ulasan