6/07/10

tembus.

 
 
ohh gua rasa gua ada masalah besar sekarang.nescafe mocha waima ribena kotak pun tak dapat settle problem gua nih.gua rasa gua tumpu perhatian overdose.ohh gua ingatkan bila gua tumpukan perhatian 170km/h, gua faham dan dapat solusi untuk segalanya.tapi tak.gua tersangatlah fokus sampai dalam.sampai tembus.lalat lalu lalang pun gua tak ambik kisah.tumpu punya pasal.gua rasa perlu wacana sama itu rakan-rakan.mengeluh*

1.bila gua pandang tudung madam maths (rabu,5 julai) gua teringat dekat blog gua.ohh sama wahh corak tudung madam tu dengan background blog gua.pink coklat.ada akar-akar mistik sikit.secara automatik gua terbayang chatbox,follower,pekerja kontrak, haha walang sungguh.

2.bila gua kelih ada orang pos misalnya :"aku rasa dutch vs germany,germany menang kot".ohh secara automatiknya gua terasa dahaga nak minum susu dutchlady low fat tiba-tiba.susu yang berwarna putih yang beralkali boleh meneutralkan otak gua yang tengah berasid ni.

3.bila gua pegang tali pinggang gua warna coklat tu,gua teringat dekat farah.farah (budak saiko) pernah nangis sebab ingatkan tali pinggang tu ular.=___=.gua pakai seluar yang perlu khidmat belt banyak hari.so bayangkanlah berapa juta kali sehari gua teringat dekat farah.

4.bila gua observe selipar bilik azean yang warna merah tu,ada gambar biri-biri atas dia.gua on the spot teringat cerita dongeng masa kecik.cerita dia,alaa takkan tak pernah dengar kot?yang anak biri-biri main ramai-ramai,mak diorang suruh balik rumah,seekor degil tak nak balik.akhirnya dimakan harimau.kuat kan kotak memori gua?what the..haha.

5.bila gua toleh nota/formula yang madam tulis kat papan yang tak berapa nak putih tu,gua fokus gila sampaikan gua boleh nampak junior-junior di sebalik papan tu,maksudnya junior yang berkeliaran kat luar kelas yang gua belajar.so jangan salahkan guru yang tak pandai mengajar.
 
6.bila gua tengah makan nasi,gua terbayang petani-petani dekat jelapang padi.pernah tak dengar iklan "sebutir beras tu ibarat setitik peluh petani"-iklan raja farah masa nerd dulu.automatik,gua rasa macam tengah makan peluh petani yang masin tu.so jangan pelik kalau nampak gua tak bercakap kalau makan.sebab nak kosongkan minda :D
 
 
ohayy perlu ke tulis sampai 10 list?cukuplah wakalaf  6 list yang mudah hadam ni ye.gua takut lu lu lu tak faham apa yang sedang gua rasakan.isk isk.

adakah ini petanda bahawa gua juga saiko?ahhhhhh gua tak leh fikir dah.baik tidur.bye.

ps: beware,dont trust men ppl.:D



tumpang tanya,ada sapa-sapa tahu sekolah ni kat mana?ya...i wish

6 ulasan:

cHan berkata...

eh eh, ade mention nama aku la. terharu jap ;pp

Kartika Azmi berkata...

poyohh
hahah

jeeha ulfa berkata...

chan:
terpaksa.selipar kau berhantu dan menghantui aku.hmm

jeeha ulfa berkata...

kartika :

bila kau sebut poyoh,aku terbayang puyuh.pastu aku terbayang telur puyuh.pastu aku terbayang kenduri kawen yg penah guna telur puyuh gnti bunga telur.bila terbayang kenduri kawen aku teringin nak kawen.hmm

razman berkata...

klu ko nmpk kondom pe ko tbayang? haha

jeeha ulfa berkata...

razzzzzz man :

wahhhh.terbayang guardian.kat guardian ada benda tu.
lalalalalallala