28/05/10

maybe i should say good-bye now? :(



masa sentiasa maju ke hadapan.mencemburui detik-detik riang aku.memusuhi saat-saat bahagia aku.
ia pasti bersorak senang melihat aku pulang ke lubuk asal.cuti kali ini terasa paling bahagia  sebab hari-hari penuh gelak ketawa : membeli-belah bersama emak,berlumba kereta dgn ayah,bergurau-senda dengan adik-adik yang masih kecil,berhangout saban hari dengan stalker,kawan karib kawan rapat kawan baik kawan tapi mesra oh banyak lagi kategori yang tak mampu aku nak uarkan di sini.dan sangat sedih sebab cuma 21 hari saja.aku merasa terseksa di kala aku mahu packing barang,masih banyak mesej undangan daripada ramai pihak: engine list dan rakan segedid mengajak aku keluar.bercamping berpiknik oh seronok gila tapi maaf cuti aku tak sepanjang cuti korang.dan aku berasa amat sedih sekali kiranya mungkin menjelang raya nanti baru aku kembali.


dan sesungguhnya cuti aku selama 3 minggu ini sumpah takada langsung hari yang bosan.kau bayangkan tiap hari aku melawat pump station.tiap hari aku membuat aktiviti.kalau tak percaya tengokla post-post sebelum ni.itu pun sebahagian saja yang mampu aku ceritakan.terlalu speechless dan mabeless keseronokan cuti bulan mei kali ini.kalau mei tahun lepas aku sedih ke petaling jaya,memakai baju batik hijau di kala taaruf week,mei kali ini aku bosan mahu ke nilai yang seibaratnya bagai kaca terhempas ke lantai.begitulah perasaan aku.dan aku tak sabar mahu menanti september.masa kebahagian kembali.mungkin.

dan kalau kau fikir aku bahagia dengan masa asasi perakaunan ini,bermakna sememangnya aku hebat menyembunyikan perasaan dan bersikap bersahaja.oh hebat kan aku?kalaulah kau tahu betapa aku mahu berlegar-legar di negeri penyu ini bukan untuk 21 hari saja , tapi setiap nadi aku berdetik.oh aku terlalu mengikut perasaan sehingga membiarkan sifat keanak-anakan merajai untuk post kali ini.dan aku perlukan sokongan yang kuat untuk meneruskan sisa hidup 4 bulan ini.4 bulan yang mana tiada lagi masa untuk entry,tiada lagi masa untuk bergosip di facebook.aku perlu fokus.perlu.wajib.dan air mata aku yakin akan menemani aku saban hari.

dan aku menyedari sesuatu.rasa kehilangan sesuatu dan kau tak mampu untuk tidak menghadapinya.rasa kehilangan amat memedihkan.sehingga aku menjadi mati.oh tuhan aku bersyukur kerana orang-orang yang aku sayang menyayangi aku sepenuh dulang.kau pisahkan lah jarak kami megikut kehendakMu tapi jangan pisahkan kami melalui kematian.


ps: iMysdfm ;'(

 

2 ulasan:

Sweetie Fafie berkata...

imysdmt...
imh..
:(

going to miss home sweet home too.

.amy. berkata...

babai:(