nur amira ahmad fauzi.
salam.how are youu? fine fine saja kah? jam pada saat ini menunjukkan 2;03 am.aku terjaga dari tidur dan tibatiba memikirkan pasal mu,kalau dikirakira dah setahun kita tak bersua.aku tak sedih tunggu setahun ni tapi aku terkilan kenapa mu tak pernah nak hubungi aku.mu juga yang cakap number phone aku paling senang mu nak ingat.tapi dah setahun senyap basi tanpa cerita.dan aku masih simpan number phone mu walaupun aku tahu sim kad tu dah mu campak masuk longkang kan?naif kan aku?;'(
dan kenangan lalu berputar kembali.aku masih ingat time terakhir kita keluar bersama.mac 2009.setahun lepas.makan pizza hut di bandar kemaman buat kita rasa sangat enjoy that time.kita masingmasing makan 2pinggan spagetti seorang plus pizza large lagi,sampai kita tak mampu nak habiskan.semua tu finally bungkus bawak balik.mu belanja heh terima kasih cousin.
dan esok aku bergegas balik ke rumah sebab ada test jpj lusa tu.mu kata kalau dapat lesen mu nak jadi orang pertama yang naik kereta dengan aku.alhamdulillah aku lulus markah 18/20. seminggu lepas tu mu datang rumah aku then kita keluar lagi makan pizza hut dekat bandar kuala penyu.aku drive masa tu.heh kali ni aku yang belanja.kita memang hantu pizza kan?:) tapi dulu aja lah.sekarang aku dah tak lalu nak makan pizza hut.aku takut nangis sorangsorang sambil telan sup cendawan dan garlic bread.;(
dan bukan sependek secoret itu saja kenangan yang kita punya.dari kecil sampai besar kita membesar bersama cousin! dan aku tahu mu banyak berkorban dan mengalah demi aku.walhal aku lebih tua dari mu.aku lahir bulan mac mu lahir bulan jun.aku tahu mu sanggup buat apa saja asalkan aku gembira.
dan memandangkan rumah kita jauh,satu di utara satu di selatan tiap kali cuti sekolah pasti aku bertandang ke rumah mu atau sebaliknya, ingat tak masa darjah satu ketika mu berkampung di rumahku.masa tu bulan puasa.kita puasa olokolok dan makan roti dan chocolate pada tengah hari dalam bilik stor di rumahku.dan ingat tak time sahur my mum buatkan kita burger sorang satu sebab tak lalu nak telan nasi pagipagi buta.
dan ingat tak kita macam kembar masa darjah tiga. aku patah tangan dipijak perempuan gemuk yang berkasut tumit tinggi seminggu kemudian mu pula patah kaki sebab main bola jaring.oh kita memang suka bola jaring heh. ingat tak kita pantang makan berbulan bulan dan badan kita jadi lembik dan kurus kering?ingat tak masa kita berdua menangis raungraung masa tuk pawang urutkan bahagian yang patah tu sebab nak betulkan tulang balik.ngeri aku ingat masa tu.tulang berkeriuk keriuk bunyi.heh aku tak sanggup nak patah tangan lagi
dan ingat tak masa cuti sekolah yang aku habiskan dekat rumah mu tiap tiap hari kita ke taman,berjoging.then balik umah terus makan breakfast yang your mum buat-mi hun sup paling sedap dan pedas dalam dunia ni.heh sambil makan kita layan cerita dari vcd banyak banyak.aku tanya kenapa mu nangis masa layan cerita autumn in my heart mu kata taklah mi hun sup ni pedas sangat sampai berair mata.heh aku tahu mu tipu.
heh cukuplah setakat ni.makin aku tulis makin aku terasa sebak.makin aku terasa sakit.cousin cepatla balik terengganu balik rumah.jangan larikan diri lagi,tergamak mu lupakan aku walhal kita dah sebati sejak kecil lagi? semua orang pernah melakukan kesilapan dalam hidup dan aku yakin semua orang dah melupakan kisah itu dah sudah pun memaafkan mu.
*aku cousin mu yang juga dah memaafkan kesalahanmu,
nur najeehah binti mohd aleh.
3 ulasan:
huhu beb. pe cer ni? kazen lari mane? cian kamu rindu...sbr2 ek...
hmm bila dia balik ah?
fafie;
lari ke afrika selatan.hoho
kartika;entah.aku pun tak pasti
Catat Ulasan