21/07/13

Internship versi Ramadhan

Weh..penat nak taip. Tak berdaya. Tahun ni Ramadhan paling tak best. Sebab tak larat nak beribadat banyak-banyak. Lepas sahur pegi keje. Balik dekat maghrib.Nak tolong mak sedia makanan berbuka pun tak larat. Lepas berbuka n solat mandi semua, mata dah kuyu tubuh dah layu terus masuk tidur.Kadang2 bangun sebelum subuh sebab baru teringat Isyak tak solat lagi. Semoga Allah mengampuni.


p/s; Ashraf Muslim kawen betul2 upenye...dahla tipu isteri first cakap g bisnes kat Thai padahal g nikah -,- acane nak respect gini -.- klah byeee.

12/06/13

Intership part one

Well, berhabuk sudah belog ni. Nasib tak perlu vakum je. Final exam dah masuk kubur, pastu sekarang nak cite pasal internship/latihan industri/practical training.

Wohooo penat weh perjalanan sejam setengah. Bangun konpem2 awal dari pak guard sekolah. Nak redah jem dengan kete yang seribu cc je mencabar. Susah nak potong semua sampah lori kontena bagai. Lain la aku bawak 4wd, cucuk je semua bontot kete,setengah jam dah boleh punch card,abis cite.

Okay cukup. Practical dekat sini memang cukup mewah. Mewah dengan aircond, setiap 5 minit g toilet lols. Makanan dia ahamdulillah, sedap banget, jauh beza la dengan cafe Sumayyah. Dulu aku bajet kalau makanan teruk macam Sumayah kononnya boleh la diet. Tapi rasa dia macam masakan ibu, memikat hati. Nak-nak staf lain memang suka ajak aku makan -.- setiap masa makan. Breakfast berat, tak main dah koko krunch dengan susu. (planning failed). Pukul 10 milo kaw lepak kunyah segala kuih kerepek yang ada. Haihh. Pukul 12 lunch. Masakan kampung win. Sambal belacan dia tahap mengalir air mata, so kena sedia tisu sebelum makan,kalo tak malu orang tengok. Pastu sambil makan sambil compare harga makanan masing-masing pastu complain kenapa laici kau tiga biji aku dua biji je etc etc. Aku ingatkan student je cani huahua.

Pastu kerja setakat ni tak banyak. Aku buat filing, invoice, study cashflow company, pastu jeling financial statement jap tengok figure. Nombor juta-juta, sikit lagi nak juling mata. Invoice complicated, biasa la real la. Ade tender yang belum bayar, dah bayar bukan macam belajar. Semua perfect senang je. Ni nak kena tengok balik semua benda pastu adjust adjust adjust.

Biasanya keje yang menimbun datang lepas zohor. Sengal di situ pastu 4.30 orang g surau aku duk tension buat entry invoice. Pagi-pagi xde pulak keje boleh je nak melangut dekat tempat orang lain, bergosip bagai.
Kalau bosan sangat aku amik inisiatif pegi melencong dekat tempat ayah aku dekat plant dengan control room, dapat la cuci mata tengok engineer muda dengan budak kontrak buat keje lols, tapi baru buat sekali ye, huhuhu.

Pastu pukul 1 biasanya staf rehat kat surau mata tutup mulut bergerak -,-. Hari pertama aku nerd join jugak, sekarang dah boleh ambik pengajaran haha, jadi kita isi masa lapang dengan encik blog.

Okay cukuplah diari mengarut ni. Langsung tak melambangkan pekerja berwibawa aku ni. Eleh saja je taknak cite yang bab excellent, nanti dikata berlagak lak. Huhu.

Klah bye, nak tido jap. Jap g pas zohor nak g tengok asset kat plant. Terbakar la kulit itewww, penat pakai lotion tawww (tetibe karisma bekerja diganti dengan mood gedik student)



19/05/13

Minggu ulangkaji bermula drpd sekarang.

Maka dengan berakhirnya assignment project 2 IB tadi maka berakhirlah sesi stress aku untuk sem ni. Tsk xpecaya rasa sem yg terseksa ni dah habis.Banyak okay perit jerih halangan rintangan utk smpai ke tahap sekarang. *lap hingus*

Jadi jadi ada lebih kurang seminggu utk revise nak final exam. Cukup la kot 7 hari nak cover 6paper @_@ .Takpe la aku lebih sanggup begini drpd tumbuh2 jerawat fikir asgmnts yg macam Broga Hill tingginya. Lebih baik lepak bilik dengar muzik dan belajar drpd pegi library konon discussion assignment yg berakhir dengan air mata sebab dealing dengan manusia bertopengkan babi.Okay tak baik,maafkan perkataan sy yg sedikit kurang sopan.

Jadi apabila memasuki revision period ni kwn2,kita jgn laa nak bergurau berlebihan sangat kerana semua org tengah emosi. Adalah baiknya semua study kat bilik masing2 dan jangan la berbuat bising kerana mengganggu ketenteraman bilik. Jangan sampai kena sound dgn gua,nanti confirm menangis.
HAHA takut tak?

Sebenarnya sy tengah terseksa nak habiskan maggi goreng ni. Tsk semakin hari semakin tak faham dgn perut sendiri. Kenyang drpd semalam sampai harini.Tapi kalo xmakan lgsg nanti tengah malam buat hal pula.

Sy rasa hebat gila update belog drpd fone sbb sebelum  ni buat tak penah berjaya -.-

Baiklah nak blaja. Cuaca dan suhu sangat awesome.....
Jadi bolehla belajar dgn tenang. Bye yaww!



1/05/13

Wawa Latip in the house.

Bismillah... pernah tak korang kena paksa update belog pasal cerita korang tanak share pun, tapi orang tu keep paksa sampai melutut sambil hembus hingus. Heh..k layan je budak pra matang. Jadi kite share k......


Atiey asked okay bukan asked tapi forced me to pegi Usrah Muzikal yang SRC buat. SRC tu Student Representitive Council ye, yang mana ahli-ahlinya dipilih berdasarkan vote yang bersih lagi suci. Ehem PRU 13 sangat. Jadi-jadi jadi mereka pun buatkan program ni supaya manifesto dan ikrar yang diorang lafazkan sebelum pilihan raya kampus dulu tu tak nampak macam tahi. Okay macam kasar bunyi. Diorang nak happykan semua student lalu tercipta la program ilmiah sebegini.


The best part is Ustaz Akil Hayy datang dengan hensem nak mati (memang tak ngantuk) cuci-cuci mata ye semuaa. Lepas tu Uztaz Elias yang suara macam Conan sebijik. Dia lawak. Orang yang pakai purdah pun sampai tercabut purdah gelak semalam okay over sangat -,-"

Kemudian adalah nyanyi-nyanyi sikit dari Mirwana, Akil Hayy dan pasukan kompang qasidah mana tah, tapi sorry tak best qasidah korang. Kuih qasidah yang nenek buat lagi sodap nyumnyum extra bawang goreng.

Kemudian kannnnn the bengang part, tetibe ada moderator (sangat) jadi tukang interbiu Najwa Latif. Tanya nama penuh hobi blablablabala something that your kid can google sendiri. Ceh. Motippp sangat jemput NL pastu tanya biodata je.Aku ingatkan nak nyanyi lagu AdaMu tadi. Kalau ye pun nak kaburi mata semua orang suruh beli tiket RM5 ni, janganlah pampang kat tiket tu PERSEMBAHAN ISTIMEWA.. tulis JEMPUTAN KHAS SUDEYH.

K, nampak tak kekecewaan. Sebab tu dalam relationship tak kira la loveship ke friendship ke yang penting ada bunyi kapal kat belakang tu, kita jangan bagi janji jeeee.. pastu buat-buat lupaaa. Janji harus ditepati.. bukan dicapati.Jangan berjanji-janji kosong dah ye SRC iaitu presiden nye classmate saya sendiri tsk malu
 -,-"

Tapi sebelum balik, kitorang sempat kejar NL tu ikut pintu depan dewan. Kemudian dapatla 2-3 gambar penutup. Atiey paling excited tapi maluu tak bertempat so dia tak dapat gambar close up dengan NL. Saya yang tak minat ni pulak dapat. Bukan setakat NL, dengan Ika latif pun dapat. harhar.

#Bila Aeril Zafriel nak datang UIA? Tiket RM50 pun sanggup okayyyy~ uhukuhuk..


Okayy tak tahu apa motiff gambar ni,sebenarnye tersalah upload, so dah bazir data baik kita publish je kan.



with AA, Atiey and Atenn


AH yang kacak nak mati *_*


Sumpah kecian yang belakang tuh



Kumbang sekor nak jugak -,-


 Dengan kakak pon boleyh



Okay last but not least.





Okay satisfied Atiey? Bye nak buat slide tuk present Jumaat ni.. -,-"

Hai bulan 5


Selamat hari tak bekerja. Well, since dah pyscho diri sendiri Hari Pekerja harus berehat, maka hari ni memang tak buat pape. Tidooooo debab-debab lepas tu onlineeee panjang-panjang. K. Habis satu hari yang tak berwawasan di bulan yang baharu. Tsk.


Kadang-kadang kita kena flsh back untuk mendapat suntikan semangat untuk apa yang kita bakal lalui pada masa akan datang. So, mehla kita flashback.


October 2010. Masa tu baru nak bersuka ria selepas habis asasi setahun setengah. Baru nak enjoy kerja kumpul duit beli fone baru, tapi tapi tapi kena galas tanggungjwab pengganti mak ayah pulak.


Seriously, masa ni jadi one of the toughest moment dalam hidup phewww. Mula-mula ingatkan best dapat kad bank, boleh swipe sesuka hati je. Sebab ayah bagi guna semahu yang aku nak. Tapi disebalik tu, pheww banyak benda berlaku, yang menyakitkan hati. Setiap malam lepas adik-adik semua tidur, aku menangis sendiri.

Baru faham erti hidup yang sebenar kalau takde mak bapak. Orang sekeliling boleh buat dua benda. Satu buat tak layan dalam erti kata lain elimate kami adik-beradik. Satu kumpulan lagi mengata dan menghina.

Kejam sangat.Jadual hidup aku berubah 360 darjah. Bangun pukul 5 setiap hari. Tidur seawal 10 malam setiap malam.

Hari tak sekolah, bawak tiga beradik atas ni release tension. Hari sekolah, aku yang paling azab. Nak kejut adik-adik satu hal. Nurin masa ni 5 tahun tadika. Tiap hari taknak g sekolah. Amin kena dukung bawak masuk bilik air baru mata dia terbukak. Aqid ragam dia, kena tarik selimut. Kadang-kadang tarik telinga tak sabar.

Lepas tu iron baju sekolah (kalau tak sempat buat semalam). Masak breakfast roti telur. Hantar pegi sekolah. Ambik nenek aku kat rumah dia, pegi pasar like EVERYDAYY. Maka masa tu lah aku berguru dengan google. Masak macam-macam. Dari zero to hero woahh.

Balik dari pasar, sapu halaman rumah. Siram pokok bunga. Masuk rumah breakfast (rarely) lepas tu siang ikan/sotong/udang/ketam/ayam/sayur. Lepas tu masuk dalam fridge.

Settlekan laundry. Baju sekolah kotor kena asing. Baju aku asing. Cadar selimut yang terkena muntah adik asing. Blablablabla tengahari dah.

Masuk dapur balik. Masak ape yang patut. Pastu ambik adik-adik balik sekolah. Diorang balik sepahkan rumah stoking merata-rata baju confirm kotor kasut kotor. Budak2 la katakan.

Lepas makan aku kutip pinggan gelas kotor basuh kat sinki. Lepas tu adik-adik wat hal masing-masing (main games tengok tv atau tidur depend on themselves). Masa tu la aku vakuum carpet rumah, mop lantai. No TV no INTERNET no boyfren HAHA okay nasib baik masa tu single -,- . Lepas tu rehat sekejap. Kadang-kadang tertidur. Tsk. Kadang-kadang pegi settlekan semua bil. Bil insurans bil telefon bil internet bil air bil api blablabla kalau dah ke bandar confirm balik tu penat kan -,-

Masak makan malam. Kadang-kadang beli je. Yang penting tengahari memang kena masak. Lepas tu kena make sure budak-budak tu buat kerja sekolah. Suruh ngaji liat semacam. Lepas tu salinkan jadual sekolah, depa mana reti buat. Sebelum ni harapkan mak je kan. Pheww azab rupanya jadi surirumah anak 3 4 5 6.

Hidup aku penat nak mati. Sebab sebelum ni kehidupan aku sorang-sorang kat asrama dari form 1 sampai 3 pastu masuk belajar lagi tinggi duduk jauh dari family. Tetibe kena buat semua bukan sehari dua, tapi 2 bulan, rasa nak meroyan jugaklah. Aku langsung tak contact kawan-kawan aku dekat CFS. Kadang-kadang je kalau buka facebook, tu pun kadang-kadang tertidur depan laptop.

Pernah satu hari family kembangan aku buat kenduri. Benda tu dekat Kemaman nye jauh. Aku drive and bawak adik-adik.Sampai je, aku rasa nak pengsan sebab penat yang semalam tak habis lagi, penat drive lagi. Pastu kena goreng ayam 3 kuali besar. Nasib baik tak pengsan muka masuk dalam kuali. Last sekali aku masuk kereta tidur. Nak masuk bilik segan ramai anak beranak. Pheww.

Thats all, hidup kami adik beradik memang orang tak kisah sedikit pun. Aku tak kisah, tapi jangan tipu mak ayah aku kononnya nak jaga kami adik beradik. Kami tidur adik-beradik tanpa jagaan sape-sape. Tiap kali nak kunci pintu and gate aku tak lupa baca ayat pelindung yang mak aku ajar. Sebelah katil aku letak kayu haha motip sangat konon nak hempuk kepala perompak yang masuk. Padahal dah la penat entah-entah dia yang hempuk kepala aku balik..okay tak lawak.

Bayangkan lah. Masa tu baru 19. And no one care. Betul la orang cakap, takde orang akan senang-senang nak tolong time kita susah, tapi time kita senang....fikir-fikirkan lah :)

And dipendekkan cerita, once mak ayah aku dah balik, tetibe cuti asasi aku dah habes and proceed UIA Gombak lak, degree. Masa tu lah nak cari barang semua macam orang gila. Pastu minggu orientasi, and belajarrrr as degree student. Takde masa rehat pheww.


Tapi, sekarang rindu masa tu. Full time of learning. Banyak sangat pengajaran and moral of the story.

#Nurin panggil aku mak tiri masa tu. Bayangkan lah betapa garang n tak teratur emosi aku masa tu :)

Bye, penat taip.

One of my air tangan at that time. Air tangan budak 19 tahun. Be proud of yourself k, uLFA  HAHA -,-


Anak tiri huhu


Ulfa Junior Orientation Week 2010. (baju ni dah jadi alas kaki kain buruk dah pun kbye)

28/04/13

Piknik bukan Cadbury bersama usrati

Minggu lepas sebenarnya aku bertindakan bijak dengan ponteng 3 kelas pada hari Khamis. Hanya kerana semua kelas di hari Rabu kensel off. Huhu. Lagipun kelas di hari Khamis tu sangat tidak memberi semangat kerana attendance sheet nya tak pernah diedarkan. Macam kalau tak pegi pun takpe. Dahla subjek membaca yang bosan. Study week nanti boleh baca sendiri LOLS.


Jadi kita balik kampung pada hari Selasa. Yayyyyy. (kenapa tiba-tiba jadi tak matang) ehem ehem. Balik semata-mata nak duduk kat rumah. Jadi duduklah aku di rumah memegang vakuum, mengupas bawang.Tapi bahagia. HAHA.



Sebab dari birthday aku lagi aku meroyan nak rainbow cake ni, akhirnya ayah bawak balik. Sanggup tempah. Terharu aku boleh dilihat dengan gambar blurr sebab excited melampau. Tapi paling banyak kedarah sape? Bini ayah aku. HAHA okay gurau je mamita~ Memang dapppppp kek (debab) ni tak macam kek lain aising dia tak muak (gedebab)




Lepas tu aku lupa aku ade order homemade indulgence cake dengan Mira Azyyati. Besar nak mati 3kilo setengah ..3 hari 3 malam duk buka peti sejuk makan benda ni (debab) dah la superbbb takyah g SR dah, pm je kawan baik since form 4 ni. Harga dia pun berbaloi laaa. Sape makan paling banyak? Bini ayah aku lagi. HAHA okay gurau ^^


Motif sangat balik Ganu makan kek. Patut makan la kepok lekor sampai RM10 seorang. Baru betul khennn.


Lepas tu kitorang pegi piknik mandi sungai. Mamita masak nasi arab.Aku tolong je. Tapi lepas ni dah tahu kot nak buat sendiri. Macam nasi ayam tapi masa rebus ayam tu kena letak jintan dengan kayu kulit manis dan adelahh lagi.Kalau nak tahu pm la tanya aku sendiri.


Oren tu aku yang potong (perlu ke bagitau?)


Coslow tu aku yang buat  ehem


Ayam paling dappppp (debab)


Okay macam tak fair pulak tak bagitau ape Najah buat. Sebenarnya disebalik kemalasan dia yang biarkan dapur tak berasap baju tak bersidai, buat acar Arab ni je dia mampu sumbangkan. Yelaa nanti kalau tak bagitau takde pulak orang nak masuk meminang diaaa. 


Okay aku tak tahu la aku ni jenis dengki ke ape tapi nak jugak close up gambar sayur yang aku buat ni padahal kan dah mention tadi -,- (sedih dengan sikap sendiri tapi tak dapat kawal)


Hai Nurin adik kak long yang paling gedid dan manja. Tapi bila kulit awak nak putih? Oh okay joke joke kalau dia tahu ni mesti dia pegi gunting semua baju jalan aku macam insiden 3 tahun lepas. Aku kutuk dia hitam pastu NAK TAHU TAK BAJU YG BARU BELI DEKAT COTTON ON DIA GUNTING.SEKIAN.


tengok my mom tengok my mom HAHA



Anak ayah belaka


Aku memang pengdengki....


Kami sekeluarga pun mandi la dengan bahagia. -TAMAT-

Kesian Najah si budak lepas SPM takde dalam gambar HAHA


Bye, nak g tengok Iron Man 3 dengan seseorang. Lailailai~

Jumaatku dan Sabtuku dan Ahadku




Sabtuku





Menggila di pameran pengantin Ampang Point semalam sejurus selesai shoot video.



Aku penat record video selama 2jam. Orang lain semua muka bahagia mesti dah berangan nak kawen.


Lepas keluar dari Ampang Point eh tetibe nampak My Mom Chicken Rice MMCR Linda On pastu eh jom g makan dan ternyata hampa.




Jumaatku




Ni sehari sebelum tu yang mana bukan poyo sangat nak makan sambil belajar, tapi ambik mood sebab petang tu ada practical Otomotif. Plain water penting Keknis kata....


Bila start makan ni, aku dah malas tengok laptop HAHA nampak di situ aku lebih pentingkan makan daripada peperiksaan besar. Malah masa SPM dulu, aku sempat je makan nasi bungkus dengan Mira Azyyati padahal orang lain cuak baca PSI aka Pendidikan Syariah Islamiah. Selama ni okay je dapat A1 , Tuhan balas dapat B3. Aku rasa nak menangis. Okay dah menangis dah pun sebab tu cerita 2008. Eh panjang pulak cakap ye..maaf maaf.






AHADKU




LAILAILAI ok bukan laila.
Penat weh minggu ni. Tapi alhamdulillah habis dah satu shoot video, satu exam practical, satu assignment case study yang sangat leceh Say alhamdulillah~~.

Tapi berbondong-bondong tugasan lagi menunggu. Takpe macam tak biasa bersabar. Persoalannya kalau setiap masa macam ni, bilakah ada masa untuk study final exam pulak?Sebulan je lagi -,-

Bye nak g makan tengahari. 

27/04/13

Gosip artis paling sedih 2013.

Well, aku baca blog gosip artis berjam sampai sakit belakang. Yela orang busy banyak benda tertinggal so banyak la page yang kena scroll lols.

Paling best kalau baca kisah cinta.Paling bosan kalau baca pasal Zed Zaidi yang konon mempertahan artis veteran dan Melayu. Sumpah boleh ngantuk weh. Baca buku bisnes pun tak ngantuk macam tu.Lepas tu, baca kisah cinta artis, yang common ayat macam ni "kami dalam proses mengenali hati budi masing-masing" sumpah lame cuba la reka komen baru contoh macam ni "saya je bersungguh, saya rasa dia ego sangat kot. takpe la saya berserah pada Tuhan yang penting saya akan BERSABAR selagi tulang belakang saya tak retak.eh?" Kan best mesti kelihatan lucu sedikit. Ni asyik-asyik nak kenal hati budi. Nak kenal sangat operate la hati tu. Okay cukup.


Almy Nadia berlakon dalam cite Kami The Movie kan. (motif?) Masa tu Anne Ngasri anak dara lagi. Aku suke gile cite tu sebab Almy Nadia gedid nak mampus belagak kaya padahal malam-malam buat overtime cuci pinggan dekat kedai makan. (motif?)

Okay tu kiasan je nak cakap dah lama aku ikuti Almy Nadia. Mestila aku tahu dia tu seorang yang setia sebab bercinta 8 tahun dengan Fizz Fairuz. Bagi aku kisah diorang paling sedih. Cerita orang lain yang setakat "saya tak rampas Qi dari Yuna" atau "seumpama dengan tu biasa je bagi aku. Tapi AN ni dahla dulu sakit bertahun kena buatan orang,setia dalam sakit, sekali kekasih sendiri pergi bertunang dengan orang lain. Last sekali putus tunang pastu nak datang menadah kasih kembali. Haaa pastu taknak komen jahat pun dekat media pasal isu-isu yang boleh mengaibkan kekasih dia tu. Haa tabik Hairul Azreen sekali!

Mesti pilu rasa kan. Nampak sangat macam tak berguna. Habis aiskrim kon lemau dibuang. Lepas tu depa duk marah-marah kenapa habis tragedi tersebut AN boleh je on balik dengan FF. Sebab benda yang FF buat tu macam lagu Afee Utopia yang berkali-kali merayu "berilah peluang untuk kali kedua".Macam benda tu dah takleh buat apa pastu baru kau nak nyesal whatdehel. Sape yang penah mengalami mesti emo kan HAHA.

Tapi tapi tapi tapi aku rasa aku ni macam AN kot LOLS, so maybe mungkin bukan masalah peluang kedua ke peluang terakhir ke peluang keemasan ke, tapi dah SAYANG nak mampus, anggap je la yang khila fdatang bergolek-golek tu cubaan dari Tuhan nak menguji kesabaran cinta awak tu. Walau macamana sekali pun pasangan anda buat anda hancur berkeping-keping, rasa sedih tu kalau tak ada tak normal la, tapi tak luntur pun kasih sayang tu sebab ia kuat. Okay, macam terlalu serius pulak rasa.

Aku ada ayat. Aku ambik dari Aria Pretty Little Liars season 2 HAHA;

"IF YOU LOVE SOMEONE ITS WORTH FIGHTING FOR NO MATTER WHAT THE ODDS" cewaahh gituuu. hanya maut memisahkan ye dak? Kalau tak percuma je korang duk ucap malam-malam kat pasangan korang "sumpah saya sayang awak sampai MATI" K faham semua?

Conclusion kat sini aku nak cakap AN sangat sabar,tabah,kuat. 8 tahun phewww. FF kalau taknak pisang berbuah 3 kali, sila la ambik langkah yang paling bijak sekarang iaitu ...fikirla sendiri.

Almy, awak je sungguh.....


26/04/13

Door Gift dan Kad Kahwin.

Well, esok rupenye aku ade kena nak pegi wedding exhibition dekat Ampang Point (confirm jam) phew. Tujuan pegi ke sana adalah berikutan persembahan tugasan Bahasa Melayu yang akan dipersembahkan di khayalak ramai pertengahan bulan depan.

Tugas aku kena take care of door gift, hantaran kawin dengan kad jemputan. Tapi kat tajuk aku tak tulis hantaran sebab aku paling benci hantaran. Hantaran simbolik menunjuk-nunjuk bagi aku. Okay ape motif gubah tudung Ariani tapi letak paper bag Ariani atas dulang hantaran? Nak show off right? Lepas tu kesian dekat orang yang kena junjung dulang hantaran tu dahla berat. Nak-nak yang junjung sirih junjung tu confirm muka tak masuk camera. Camera pulak tempah photographer mahal. Kalau aku confirm nangis dahla penat bawak hantaran tapi muka tak leh nak jual.

Lepas tu satu hal rombongan datang nak bersanding tu dahla bawak hantaran banyak-banyak pastu eh eh rupanya bunga telur dah terpenyek sebab kereta jadi sempit. Rela suruh anak kecik tak payah pegi sebab space nak letak hantaran yang 9 dulang 12 dulang bagai.

Ape kata guna idea aku. Beli satu box besar haaa pastu sumbat la handbag Charles & Keith kau tu, perfume tahan 100 tahun mahal kau tu, kasut kulit ular kau tu. Bungkus cantik2..pastu bawak tu satu je pegi rombongan tu. Sure semua orang akan tertanya-tanya apa ade dlm box tu. Yang tau pengantin je. Sweet dan romantik sangat?kahkah.

Serius sangat aku tak suka pasal hantaran ni,sampai perenggan kelima pun cakap tak henti ni haha k stop. Tapi aku nak tegaskan jela adat macam ni tak payah la kita nak ikut sangat sebab leceh, menyusahkan orang,membazir. Nak-nak ada unsur nak menunjuk. Dapat satu cop tambah berat bahu kiri.


K. sekarang nak cakap pasal doorgift. Aku ni jenis dapat mak ayah suka bincang pasal door gift -,-
Contohnya macam ni conversation antara mak ayah aku

Ayah ; saya, kalau anak saya kawen nanti, malas eh beri doorgift doorgift. Duduk je la tepi pintu senyum pastu jemput makan.

Mak; eh mana boleh. awk ni berkira sangat. kena la bagi hadiah penghargaan orang mari umah kita

Ayah: dah tu jemput makan tu bukan penghargaan ke? Buat la makan sedap-sedap.Bab makan xkesah pun. Ni main beri benda kecik-kecik banyak kerenah sangat eh.

Mak: dah bagila buah epal sebiji sorang cukup la. Takkan ank bagi mentol macam MayaKarin kot

Ayah: awk ingat semua org makan buah ke?

Mak; dah ikut awak laa................awk xpayah bagi ke org laki, sy je bagi ke org puan.

HAHA sumpah kelakar mak ayah aku. Tak sangka bergaduh demi aku. Terharu rasa.


Aku rasa doorgift sangat comel. Kalau kau mampu buat la untuk dihadiahkan kepada para tetamu (sejak bila aku cakap BM proper ni) Tapi kalau kau tak mampu, kau nak ikut orang jugak,masak la. Banyak benda penting lagi kena fikir. So takde doorgift pun takpe. Asalkan para pengantin haruslah melayan tetamu dengan senyuman manis, senyum biar orang nampak lipstick mahal kau tu HAHA. Door gift bukan penentu kebahagiaan pasangan yang berkahwin ye.



Kad kahwin. Aku ni jenis sensitif, suka pada kenangan, cepat emo. So berdasarkan perwatakan aku, aku suka sangat kad kahwin yang special. Tapi bukanlah nak bagi kat semua orang. Maybe cetak dalam 20 keping nak bagi kat bestfriends jer. Kad yang comel, ada ayat-ayat kenangan, macam kita nak create kad ulangtahun nak bagi kat kekasih tu. Penuh dengan effort dan kasih sayang Kalau nak special lagi kad ni letak lagu macam kad raya nak bagi kekasih tu HAHA.. Kad tu jugak nak simpan nanti tunjuk kat anak-anak pulak. Aku dah design kot sejak umur 18 lagi. Kira 4 tahun dah idea tu tersimpan rapi. Kalau bakal pasangan aku macam-macam aku nak cetak jugak secara rahsia. Sampai begitu sekali phew.


Pengantin yang order kad ni confirm bertemu jodoh kat fb pastu bercinta gaduh pastu kawen pastu rasa sangat terhutang budi dengan fb sebab kerana fb kononnya mereka bahagia. Habis tu kalau bertemu jodoh dekat sekolah, kena letak background gambar bangunan kelas ke atau background baju sekolah? Hmmm

Creative tapi kad yang aku design tak comel macam era sekarang, Aku punya design tu sangat romantik dan takde langsung elemen kartun comel,ia lebih kepada elemen yang serius,sebab bagi aku kahwin tu serius (memang orang lain kawen main-main haha) sampai begitu sekali. Aku nak upload takut orang ciplak nanti kahkah.


Hai macamana la rasa taknak kawen dah assignment pun kena buat pasal persiapan kawen.So bahagian aku esok nak shoot video and tanya pasal budget untuk 3 perkara ni. Orang lain ada yang buat pasal pelamin, photograph, make up, catering dan baju pengantin.

Baju pengantin adalah paling best tapi paling confused. Banyak sangat warna. Banyak pilihan yet banyak masalah. Kalau aku nak warna pink belum tentu pasangan aku nak warna pink. Kpop la katanya jambu la. Apelaa pink la macho kan kan kan. Turqoise pun cantik macam yang maria Elena pakai tu pheww. Tapi dia kata putih palingsuci dan kelihatan gah. Aku pun cakap la hitam taknak ke?hitam kan menawan. Dia kata nak ketuk kepala aku pakai tukul. Tsk serius sangat. Sampai begitu sekali.


2012 tema color macam ni, 2013 warna pastel pink baby blue. kalau 2014 tema hitam putih kesian la aku.sanggup postpone 2015. lols.

Pelamin anganku musnah adalah lagu kegemaran.Eh? K aku tak suka pelamin sebab boleh menimbulkan fitnah mak cik mak cik dekat kampung. Kalau buat grand nanti dikatanya nak menunjuk, tak islamic la, membazir la, poyo la, bajet la, macam macam.Kalau takde pelamin letak langsir raya tahun lepas kang dikata kedekut la, miskin la, low standard la.Susahkan nak puaskan hati orang? So kau buat la apa yang kau nak dan yang paling penting mampu. Jangan mampus sudah.

aku nak pelamin winter sonata macam ni tapi mesti kena tampar dengan bakal suami dan ayah dan mak nanti. so diam je la kita wait and see je lah k.hmmmm

Photography pentinggggg bagi orang yang ada nilai sentimental macam aku HAHA. lagikan gambar makan pagi makan tengahari pun bagi aku penting untuk tangkap pastu masuk IG apatah lagi di hari bahagia cewahh. So aku takpayah pening nak cari mana photographer pastu nak murah sebab mak cik aku photographer hebat. Dia dah kata hadiah kawin nanti free gambar 3 album. Siap ada outdoor. Kat mana? HAHA of course la pantai.Angin bertiup manja pastu veil terbang pastu suami tolong kutip pasang balik sambil bagi senyuman pastu cair pastu terjadilah gambar candid paling romantik abad ini HAHAHA Tak sabar! Okay sila lempang aku sekarang -,-

okay candid macam ni la aku idam-idam kan.. tapi bukan macam ni..lagi best dari ni..sila realisasikan mimpi saya ye wahai encik bakal suami ;'')))


#Mood: terukir dibintang. :D byeeee.




24/04/13

Hai my dear blog.

I want to write up something here but it seems awkward. To much to tell yet nothing to tell....Am 22 and I think am so much in trouble this year. Half of 2013 put me into hardship--alottttt. It's so hard to manage everything...how to make things railing on tracks like we want, but it ended up in a frustating way...ohh God..


Well, I hate April..and May too..


and I hate being around in UIAM..I mean people in there..

7/04/13

Diari bergerak Ahad.

8:00am.

Okay guys. Now we (me and Jennifer) are having em like a full day seminar on business plan bla tra dha zzzzz pftt asdfghjkl. And we are done with free nasi lemak for breakfast.
Alhamdulillah....calories gained. Tahniah! T_T (padahal dah cakap kan never never makan this dah!)




8;40 am

Okay speaker dah masuk. And he asked us to buat nama macam kat bawah ni. Heh terasa macam dalam program jati diri. Siap bagi chocolate free.Kalau tak cukup depan tu ade lagi.



3.53pm

Okay la malas la update sebab seminar training harini bosan nak mati. Merepek ntah pape. Sorry wasting 10hours and wasting RM60 for food. Thanks to my entrep. lecturer yang mana beliau sedang enjoy di UK sekarang. Kau seronok pakai baju sejuk aku merana dalam lab sejuk ni.Texting dengan husband lagi bagus. Bye. 






6/04/13

Weekend minggu pertama April yang awesome.

Alhamdulillah I already done with mostly my midterm exams kecuali satu paper lagi, sooner. So workload tu ringan sikit, tapi still busy dengan seminar,assignments,group project blablabla. (Kesian tengok Atiey n Azean menghadap nota je study hihi) manakala Jaffnie amboihh berinternet dengan adik dia 24jam haha.

And me? Today sleeping like a baby fuhhhh ni la nikmat hidup sebenar ;') I love today. The best Saturday ever! (lagipun sakit hips semalam galok sangat berjoget zumba,later i blog about that)


And since kitorang berempat nampak je 24jam bersama,tapi dalam seminggu boleh kira berapa kali je makan bersama. Maksudnya korangla sikit dosa. Dosa ape ek? Dosa bergosip time makan pastu makan tak habis.Sebab dah kenyang makan daging saudara sendiri. Okayy joke joke.

Eh ayat atas ni macam tak habis. Okay aku nak cakap since kitorang busy sesama sendiri, semalam we had a great lunch together.Wonderful oily berlemak dishes dadada padahal tengah menangis sebab tak kuruh kuruh. Kau mampu? program diet takkan berjaya kalau ada kawan yang badan macam papan tapi selera dia macam syaiton. Ia harus jauh daripada semua orang.Tinggal dalam hutan. Hmm.


ni dekat kiosk coolblog sementara tunggu minuman masing2. kau mampu?


kemudian kitorang gamble masuk kedai makan ni bersama coolblog masing2. sebab dia pernah masuk Buletin Utama haritu. lols.












 sebab dia kata makanan sedap-sedap haruslah diiringi dengan mineral water. eh?eh?



ni makanan Atiey, Azean dan Jaffnie. RM18.50


aku punya tak de nasi (diganti dengan mashed potato orang diet,xdap sebab tak de groovy) dengan xde side dish je (satay ayam/sotong celup tepung) lepas tu harga dia turun jadi RM9.90 je. WOW!



Sekarang kalau weekend makan sedap macam ni sekali sebagai brunch, lepas tu dinner makan ni je


Sedap, setakat ni aku tak bosan lagi menghadap ni setiap pukul 7 petang. Dinner like a beggar :D


Penat tukar pattern makan. Sebab tak menjadi2. HAHA pity me. Dulu ambik air isotonik laa sebab makan sikit nak mampus mula la before kelas 3,30 pegi kiosk beli 100plus sebab badan dah melayang-layang lembik kalori tak cukup. Yelaaa 24 hari tak makan nasi. 

Makan petang makan tomyam tomyam tomyam sebab terpecaya makan pedas boleh kuruskan badan -,- lepas tu dah tahu fact sebenar terus eliminate makan malam. I hate you tomyam!

Lepas tu jogging dekat tasik 3-4 round lepas tu lembik. Ganti dengan zumba dance yang lagi enjoy tapi tapi sakit hips la nak tido malam susah sengal situ sini penat nak mati :O

Minum air mineral sebanyak mungkin. Duit belanja ayah bagi memang habis dekat air mineral. Berkotak-kotak dalam boot kereta, dalam locker bawah katil.

I dont know. Im still searching...............the better solution. Sape-sape nak jadi penasihat, boleh whatsapp aku HAHA.

Bye, bukan masalah berat badan je aku ada, Assignments pun boleh retak jari jugak nak menaip. Byebyebye.